Saturday 8 February 2014

Tender Nombor Pendaftaran Kenderaan

Surat penganugerahan nombor pendaftaran. Hehe...
 As promised, kali ni aku nak tulis cara-cara untuk membuat tempahan nombor pendaftaran kenderaan. Alhamdulillah aku menang tender hari tu. Harga yang aku letak pun minimum je. Mungkin pasal nombor aku bukan nombor popular kot. Sebelum aku terangkan cara-cara tender, biar aku jelaskan dulu klasifikasi nombor pendaftaran JPJ ni. Kalau kita sebagai orang awam, pembelian nombor pendaftaran ni ade 2 cara. Cara pertama adalah memalui tawaran (i.e tender). Cara kedua adalah melalui pilihan.

Aku terangkan melalui cara tender dulu. Biasanya, pembelian secara tender akan dibuka lebih awal berbanding running number tu. Sebagai contoh, tender untuk W...S akan mula dijual sewaktu running number adalah W....P. So korang kene alert kalau korang memang nk pilih certain alphabet (maybe korang nk buat satu word dgn nombor plat korang. Mcm aku la =P). Korang bole check aktiviti tender dalam link ni untuk mengetahui tarik-tarikh tender. Harga minimum bagi tender adalah mengikut klasifikasi nombor tersebut. Korang boleh melawat link ni utk mengetahui klasifikasi nombor yang ditetapkan oleh JPJ. These are the steps involved if you are planning to tender your registration number:

1. Download borang tender drpd website JPJ. Boleh click link ni. Then, isi borang tu siap2. Cuma tinggalkan ruangan item ke 9 tu. Lepastu, sediakan satu sampul beralamat sendiri dengan stem RM 1. Sampul ni utk JPJ poskan keputusan tender tu pd kita nanti. Jgn seal! Nanti diorg x bole letak surat tu dlm sampul.

2. Beli wang pos dengan nilai separuh drpd nilai yang korang nk tender. Contohnya, kalau korang nak tender RM 1,000, wang pos yang korang kene buat adalah sebanyak RM 500. Utk wang pos ni, lebih baik korang buat dkt pejabat JPJ. Kalau JPJ Wangsa Maju ade pejabat pos kt bawah tu. Pasal ape better buat kt JPJ?? Pasal org pejabat pos kt JPJ tu tau wang pos tu nk di alamatkan kepada siapa. Pasal time aku tender dulu, ade yg ckp kene buat kpd KP JPJ. Ade plak yang cakap kpd Ketua Akauntan JPJ. So to be safe, beli wang pos kt pejabat JPJ. Diorang memang tau nk address kpd sape.

3. Lepas dh beli wang pos tu, isi la ruangan item ke 9 tu dengan nombor2 wang pos korang. Pastu pegi kaunter JPJ untuk buat bayaran perkhidmatan (RM10). Then, letakkan semua item td (wang pos, sampul beralamat sendiri, borang yang diisi td serta resit bayaran perkhidmatan) ke dalam sebuah sampul besar. Aku dulu tulis nombor pendaftaran yang ditender di sebelah kanan atas sampul tu. Tp kalau ikutkan diorang xde pun suroh buat mcm tu.

4. Tunggu la keputusan korang. Biasenye akan ambil masa dalam 3-4 minggu. Kalau surat lambat sgt sampai, korang bole telefon JPJ untuk tanya sendiri keputusan tender korang. Kalau Wilayah, boleh call 03-41450879.

5. Sekiranya berjaya, pergilah bayar baki nilaian tender korang dalam masa 30 hari drpd tarikh surat keputusan tender. Kalau tender RM 1,000, bayaran baki adalah sebanyak RM 500. Bayaran ni boleh buat secara tunai. Tak perlu wang pos lg dh.

6. Lepas tu bg la resit bayaran korang pd salesman korang utk urusan pendaftaran kereta. Korang tunggu je la kereta korang sampai nanti. Nombor tersebut mestilah didaftar dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh pembayaran penuh.

Ok. Kalau pembelian nombor secara pilihan pula, korang kene pegi kt JPJ negeri dan tengok kt skrin tu nombor ape yg masih ada. Isi borang siap2.  Kalau nombor yang korang nk tu org dh beli, memang takkan keluar lg dh kt skrin JPJ negeri tu. Pastu korang amek la nombor giliran. Cara-caranya:

1. Download borang. Borang korang boleh download kt link ni. Bwk satu salinan I/C, resit booking kereta dan wang RM 210.

2. Ambil nombor giliran. Lepas tu, bila dh sampai giliran korang, bg tau kaunter korang nk nombor ape. Kalau nombor tu masih ada, maka korang bernasib baik. Tp nasihat aku, sediakan at least 5 nombor yang korang nk mengikut prioriti. Pasal takut2 nombor yang korang betul2 nk tu dh dibeli orang.

3. Bila dh jumpe nombor yang korang nk, buatlah pembayaran kt kaunter tu. Nanti die akan bg resit. Resit tu korang boleh bg salesman kereta korang untuk urusan pendaftaran kenderaan.

Tu je la cara nk buat no plate ni. Kalau pakai runner, upah diorang tak kurang RM 50. Kalau buat sendiri, dpt la jimat RM 50 tu. Tp kalau korang buat di JPJ Wangsa Maju, sila lah datang awal pagi. Kalau korang nk tender, aku nasihatkan pegi la JPJ Bandar Permaisuri. Orang tak seramai JPJ Wangsa Maju. Tapi kalau untuk nombor pilihan, aku tak sure sama ada boleh buat di JPJ Bandar Permaisuri atau pun tidak. Oh ye. Tender untuk negeri tu hanya boleh dibuat di JPJ negeri tersebut sahaja. Kalau nk tender nombor Kelantan, kene buat di JPJ Kelantan. Tak boleh buat kt KL, Selangor or mane2 negeri lain.

Unfortunately, aku masih tak boleh nak daftar kereta aku lagi. Nombor dh dpt, tp kereta baru siap drpd kilang 5 March nanti. Collection paling awal pun 10 March nanti. Huwarghhhh =(

Tu dia nama aku terkenal di seantero Wilayah Persekutuan.