Tuesday, 9 February 2010

Pembaziran sebenar


Agak lama saya tidak menulis dalam ruangan blog ini. Mungkin kerana saya bukan dilahirkan sebagai seorang penulis. Saya punyai idea tetapi sering kali saya gagal terjemahkan ke dalam blog saya. Lagi pun, pengunjung blog saya bukanlah ramai sangat. Itu pun kene 'publish' di status Yahoo Messenger baru la ade org nk menjenguk ke blog saya ni.

Agak jauh menyimpang. Berbalik pada tajuk asal. Ramai yang bercerita tentang pembaziran. Pembaziran air, elektrik, wang dan sebagainya. Tetpai tahukah anda bahawa Malaysia pada masa kini mengalami pembaziran graduan? Sebelum saya pergi jauh, biar saya jelaskan situasi saya ketika ini. Saya pada ketika ini bekerja sebagai Pembantu Tadbir Sambilan (PTS) di Lembaga Peperiksaan Malaysia Putrajaya. Asas kelayakan untuk jawatan ini adalah setakat SPM sahaja. Kami diberi kontrak perkhidmatan selama 6 bulan dan sekiranya masih diperlukan, kontrak akan disambung. Sekiranya tidak, maka sayonara lah. Pada hari pertama melapor diri, saya merasakan bahawa saya akan bekerja bersama golongan yang tidaklah berpelajaran tinggi. Tetapi saya silap. Daripada 30++ orang PTS, terdapat 3 orang yang mempunyai ijazah dan lebih daripada 15 orang yang mempunyai diploma. Pernah sekali saya bertanya mengapa memilih menjadi PTS dan mereka menjawab tiada peluang kerja untuk jawatan yang setaraf dengan kelayakan mereka. Lagipun mereka dibebani dengan hutang PTPTN. Kalau nak memilih kerja, jawabnya kena lah tindakan dengan PTPTN. Lebih memeritkan lagi apabila mereka menyatakan bahawa peluang kerja di Malaysia ini bergantung kepada 'siapa yang anda tahu, bukannya apa yang anda tahu'. Saya lebih terkejut apabila terdapat juga ramai staf tetap yang berijazah dan berdiploma menjawat jawatan Pembantu Tadbir N17 yang hanya memerlukan SPM. Jadi buat apa belajar tinggi-tinggi kalau akhirnya jadi kerani. Ada rakan PTS saya pernah berkata, 'Kalau aku tahu la nak jadi mcm ni, baik aku stop belajar sampai SPM je. Belajar tinggi-tinggi kene bayar hutang PTPTN. Dah tu, kerja pula susah nak dapat'.

Pada saya, inilah pembaziran yang perlu diambil perhatian oleh negara. Graduan yang baru tamat pengajian mempunyai ingatan yang masih segar dalam bidang yang mereka pelajari. Dan telah menjadi lumrah ilmu jika tidak diamalkan, maka akan hilang atau lunturlah ia. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Akhirnya, graduan-graduan ini akan menjadi satu pembaziran buat negara. Mereka mempunyai pengetahuan, tetapi kerana tiada pekerjaan, maka ilmu yang mereka ada itu akan hilang begitu saja. Saya harap jika ada orang yang berpengaruh membaca blog ini, tolonglah ambil perhatian. Jangan biarkan ilmu mereka terbuang di tepi longkang.