Monday 23 March 2009

HablumMinallah dan HablumMinannas..

Saya bukanlah arif sangat pasal agama. Sebab itulah saya jarang mengupas isu-isu hangat yang berkaitan agama dalam blog saya. Tapi saya masih lagi diberi ingatan yang kuat untuk mengingati perkataan seperti yang tertera di atas. Perkataan tersebut ada dalam buku teks agama Islam (yang terletak di kotak-kotak kecil di tepi buku ibarat kolum 'Tahukan anda?' dalam buku kimia SPM) yang bermaksud 'Hubungan baik dengan Allah, Hubungan baik dengan manusia'. Kalau nak dikutkan, hubungan baik dengan Allah ni tak susah pun nak jaga. Jaga rukun Islam, buat perkara yang dituntut, tinggalkan perkara yang dilarang. Namun saya akui, masih ramai (termasuklah saya) yang masih gagal berbuat demikian.

Part kedua dalam frasa di atas pula menyatakan perlunya hubungan baik dengan manusia. This is where everything goes horribly wrong. Banyak orang-orang yang saya kenal gagal dalam part yang kedua ini walaupun pada pengamatan saya mereka cukup menjaga part yang pertama. Saya ambil contoh di yang dekat dengan hidup saya sendiri. Ramai pelajar-pelajar yang menzahirkan diri mereka sebagai 'golongan pembela agama' ini gagal menjaga hubungan baik sesama manusia. Pada pengamatan saya, kerana sikap mereka inilah golongan-golongan seperti saya jatuh letih nak mendekatkan diri dengan mereka. Terlalu judgemental. Orang seperti saya ni pun solat gak, puasa gak. Pendek kata, kami juga buat juga rukun Islam tu. Kalau tak buat pun mungkin menunaikan haji. Itu pun kerana tiada kemampuan lagi. Tolonglah wahai orang-orang yang berkenaan. Berdakwah tu tolonglah dengan hikmah. Kalau korang sendiri yang jauhkan diri korang daripada orang-orang 'biasa' mcm kami ni, sape lg yg nk memberi kefahaman yang lebih pada kami? Saya ingt lg sewaktu di KMB dulu, ada seorang rakan saya yang gemar memakai jubah dan serban pernah berkata kepada saya. "Aku ni sebenarnya takut nak pakai jubah dan serban ni pasal aku ni bukanlah sempurna. Aku takut kalau-kalau kesilapan yang aku buat buat tu boleh jadi fitnah pada Islam yang cuba aku bawakan tu". Lebih kurang mcm tu la ayat kwn saya tu. Tu baru bab pakaian. Bayangkan kalau bab akhlak. Daripada nak bawa kebaikan, bole bawa keburukan plak. Saya akui tak semua mcm tu. Ade je yang ok tp secara ikhlas, tak ramai yang saya jumpe tu ok. Saya ingat lagi satu ketika di KMB dulu, pernah jadi kejadian jerebu. Jadi kami kene duduk di kawasan yang tertutup (berhawa dingin). Jadi saya memilih untuk study di surau bersama beberapa rakan saya yang lain. Saya mengaku yang saya jarang bersolat di surau ketika di KMB dulu terutamanya ketika di tahun pertama. Sedang kami belajar di surau tu, ada pelajar yang memberi tahu bahawa kami dibenarkan pulang ke rumah selama seminggu sehingga jerebu surut. Saya kurang dengar dengan pengumuman pelajar itu. Jadi saya pun pergilah bertanya pada seorang pelajar yang juga merupakan seorang AJK surau (lebih tepat lagi, AJK BERKAT). Boleh die buat bodoh je kat saya. Nak kata tak dengar, tak logik lah plak pasal saya tanye betul-betul tepi die. Sampai mcm tu skali. Bkn skali je bende2 mcm ni jd pd sy dan rakan-rakan yang biase mcm saya ni. Byk kali. Ada skali tu kwn saya yang jarang pegi surau dan kaki rokok ni pegi azan kt surau (sy kurang ingt waktu ape). Boleh plak bdk2 yang bajet alim ni tgk die semacam je. Habis solat je perli2 mamat ni. Mcm mane die nk slalu dtg surau kalau kene perli je. Lepas tu bila nk buat program berunsur keagamaan je, buat sesama mereka. Pada saya dakwah tu tak mencapai matlamat sebab sepatutnya target audience nye adalah orang yang kureng sket pasal agama ni. Kesudahannye, yang alim bertambah alim, yang buta bertambah buta. When the blind lead the blind, both shall fall into the ditch. Tu lah kisahnye.

Saya menganggap tugas berdakwah ni mcm orang politik gak. Kene turun padang slalu. Kalau tak, sampai bila pun mesej tu takkan dapat disampaikan. Kadang-kadang saya kesian dengan orang-orang yang cuba berdakwah ni kene hentam sana-sini. Tapi ade jugak logiknya pada orang yang menghentam mereka. Saya tak anti mereka, malah saya menghormati mereka. Tapi kalau mereka sendiri tak menghormati orang lain, mcm mane orang lain nk hormat mereka?

Just my 2 cents. No hard feelings. Yang baik tu diambil, yang buruk tu ditegur...

-Stefanikova 318/04, tgh tggu waktu asar-

Sunday 22 March 2009

Cuti singkat di Malaysia

Alhamdulillah, setelah setahun setengah tidak pulang ke Malaysia, akhirnya saya dapat berbuat demikian pada 1-24 Febuari lalu. Walaupun cuti tersebut amat singkat (lebih kurang 3 minggu) namun saya berasa puas. Kepulangan saya ke Malaysia merupakan satu kejutan kepada ahli keluarga saya. Saya menyatakan bahawa saya tidak dapat pulang pada cuti musim sejuk yang lalu namu berlainan pula yang berlaku. Bukan itu sahaja, badan saya juga terkejut dengan perubahan iklim. Hinggakan selepas mandi pun saya berpeluh. Sambung balik pasa topik utama. Pelbagai niat yang ingin dilakukan sepanjang berada di Malaysia. Jumpa keluarga, saudara-mara, beli tu, beli ni dan yang terutama sekali makan dengan puasnya. Alhamdulillah (sekali lagi) hampir 90% perkara itu dapat ditunaikan seperti yang dihasratkan.


Tidak banyak yang berubah di Malaysia. Masih lagi sama. Mungkin setahun setengah tidak membawa apa-apa perbezaan terhadap pembangunan negara. Mungkin negara telah hampir mencapai tahap tepu dalam aspek kemajuan. Namun rumah saya jelas telah berubah. Sewaktu saya meninggalkan Malaysia, rumah saya sedang diubahsuai. Sekarang ni rumah tersebut lebih selesa untuk diduduki. Namun sayangnya, saya hanya dapat merasa sekejap sahaja nikmatnya. Hanya ketika cuti-cuti panjang yang membolehkan saya pulang. Apabila tamat belajar, mungkin saya akan ditugaskan di luar Lembah Kelang. Maka ketika itu sudah tentu saya akan tinggal sendirian. Sewa rumah sendiri. Kalau ada rezeki kerja di Lembah Kelang sekalipun, mungkin ketika itu saya telah berkahwin. Takkan nak menempel dengan mak bapak lagi kan? Mestilah duduk rumah sendiri. Maka tidaklah saya merasai nikmat rumah yang disebutkan tadi.

Baiklah. Mungkin dah off-topic sedikit. Sebelum pulang, perkara yang membuatkan saya 'excited' (dengan izin) adalah makan makanan Malaysia. Namun apabila tiba di Malaysia, saya sedar ada perkara yang lebih penting dari semua itu. Lebih penting daripada membeli-belah (membeli belah di Malaysia sangatlah murah berbanding Czech Republic), makan dan sebagainya. Perkara itu adalah untuk berjumpa ahli keluarga. Tidak dinafikan, saya ber'skype' dengan mereka (dengan video conferencing) hampir setiap minggu. Namun pengalaman itu berbeza dengan berjumpa secara 'live' dengan meraka. Mereka terkejut dengan panggilan telefon yang saya buat di KLIA yang meminta mereka mengambil saya di ERL Putrajaya. Itulah saat paling manis sepanjang cuti saya di Malaysia. Walaupun saya tidak kemana-mana (hanya sekitar KL dan Selangor sahaja), namun, saya puas. Puas yang amat sangat kerana dapat bertemu keluarga tercinta...

-Stefanikova 318, 1.21 pm-

Tuesday 17 March 2009

Antara Malaysia dan Czech Republic

Ini bukanlah satu ulasan perlawanan bola sepak. Tetapi pendapat peribadi sebagai anak Malaysia yang menetap di Czech Republic. Diam tak diam, sudah pun mencecah setahun setengah saya berada di Czech Republic. Banyak budaya luar yang saya pelajari di sini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana tanpa izin dan perkenanNya, tak mungkin saya mampu unntuk berada di sini.

Jika berbicara mengenai perbezaan antara kedua negara ini memang banyak. Yang paling jelas adalah iklimnya. Czech Republic merupakan sebuah negara 4 musim manakala Malaysia pula beriklim panas dan lembap sepanjang tahun (kadang-kala orang cakap musim panas dan musim hujan). Ironinya, saya kurang diserang selsema semasa di Czech Republic berbanding di Malaysia walaupun ketika musim sejuk. Mungkin kerana keadaan cuaca di sini yang kering.

Berkenaan dengan budaya pula, sudah tentulah banyak bezanya antara kedua negara ini. Czech Republic merupakan sebuah negara yang berkiblatkan Amerika. Tidak hairanlah kerajaannya membenarkan pihak Amerika meletakkan satelit anti peluru berpandu mereka di negara ini. Selain itu, perkara ini juga dapat dilihat melalui cara berpakaian anak-anak muda di sini. Jelas dipengaruhi budaya Amerika. Yang ironinya, budaya ini tidak pula disertai dengan bahasa mereka. Mereka tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai kiblat dalam mereka berbahasa. Penguasaan bahasa bahasa Inggeris mereka tersangatlah lemah. Sampaikan Foreign Police mereka pun tidak tahu berbahasa Inggeris. Bayangkanlah betapa teruknya mereka. Tidak keterlaluan jika saya katakan rakyat Malaysia berpuluh-puluh kali lebih baik penguasaan bahasa Inggerisnya berbanding rakyat Czech.

Sepanjang pengamatan saya, rakyat Czech tidak langsung ada prejudis terhadap masyarakat luar. Kalau ada pun hanyalah sedikit sahaja daripada mereka dan boleh dianggap sebagai 'isolated case'. Berbeza dengan apa yang di'momok-momokkan' oleh orang-orang di Malaysia, mereka sangatlah baik dan peramah (kadang-kadang aku tak faham pun ape yang diorang cakap). Mungkin perkara ini berbeza di negara-negara lain di Eropah ini tetapi sekurang-kurangnya tidak di Czech Republic.

Satu lagi kekaguman saya terhadap masyarakat Czech adalah perkhidmatan pengangkutan mereka. Sangatlah efisyen. Berpuluh-puluh kali lebih baik daripada di Malaysia. Waktu bagi bas dan keretapi boleh disemak melalui internet dan waktu ketibaannya bolehlah dianggap tepat. Berbeza dengan Malaysia yang kadang-kala menyebabkan janggut saya bertumbuh sepanjang satu inci.

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan di sini. Namun dek kerana waktu Isya' yang dah kunjung tiba, saya ingin menamatkannya di sini dahulu buat masa ini. InsyaAllah banyak lagi perkara lain yang akan saya kupaskan di masa akan datang. Salam....

-Stefanikova 318/04, 7.03pm (sambil menunggu masuk Isya')