Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan Eid Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia yang akan menyambutnya dalam masa kurang 24 jam (kalau ikut kalendar kuda la.. Tapi biasanya kalendar kuda tu betul).
Kalau tiada aral melintang, InsyaAllah aku akan melanjutkan pengajian ke luar negara sekali lagi. Kali ni ke negara yang memang menjadi impian aku nak pergi sejak tahun 2005 lagi. Sejak lepas SPM dulu. Tapi apakan daya. Allah lebih mengetahui dan Dia telah menangguhkan impian aku selama hampir 9 tahun. Dan kali ini pun masih belum tentu lagi aku akan pergi. Cuma kebarangkalian tu adalah 95%. Buat masa ni semua persiapan aku telah lakukan. Cuma visa dan tiket penerbangan sahaja yang belum diselesaikan. Aku pergi kali ini sekali lagi di atas tajaan MARA.
Sebenarnya aku bukanlah nak sangat pergi oversea untuk sambung belajar ni. Mula-mula aku cuma nak sambung belajar di UKM di atas tajaan sendiri secara separuh masa. Tapi malangnya UKM telah menolak permohonan aku sebanyak 3 kali termasuklah yang terbaru ini. Atas sebab tu la aku merajuk dan gatal tangan nak cuba apply university di luar negara. Universiti pertama yang aku apply adalah University of Edinburgh, ranking top 20 dalam dunia. Alhamdulillah aku dapat conditional offer dengan syarat aku melepasi syarat IELTS mereka (Band 6.5 with 6.0 in each section).
|
Sombong sungguh UKM ni. This is my 3rd application. |
|
University of Edinburgh punye offer. Mereka tidak sesombong UKM. |
Mula-mula tu aku takde la rase excited pun pasal aku tau agak mustahil utk aku pergi jika tiada scholarship. So aku cuma simpan je la offer mereka tu. Pastu bila MARA keluarkan iklan untuk biasiswa ke luar negara, aku pun sekali lagi gatal tangan untuk cuba apply. Aku pun apply la tanpa meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Ye la.. Aku dulu bekas pelajar tajaan MARA yang gagal menamatkan pengajian. Takkan la MARA nak taja aku sekali lagi. Siapa yang mengenali aku akan lebih mengetahui kisah ni. So aku pun buat la online test MARA dan lepas tu interview yang diadakan di Kolej Profesional MARA Beranang. Walaupun aku datang dengan semangat yang agak lackadaisical, tapi alhamdulillah everything went well dan aku agak terkejut jugak la dengan involvement aku dlm interview tu. Cuma tu la.. Aku tak rase aku dapat pasal aku berpendapat yang ramai lagi orang yang lebih bagus daripada aku dan aku rasa MARA takkan consider application aku pasal sejarah hitam aku dengan MARA tu. And to my surprise, after about a month waiting for the result, tiba-tiba aku dapati aku berjaya. Result keluar Jumaat petang. So Isnin pagi tu aku call MARA untuk double confirm. Betul ke diorg nak sponsor aku ni. Aku pun ckp la dgn pegawai MARA tu. Aku cerita kisah aku dulu dan aku mintak die double check result aku. Die pun check la dan die ckp memang xde masalah asalkan jangan kene senarai hitam pasal tak bayar hutang MARA.
|
MARA result. |
So bermula la dilema aku. Sama ada nak terima offer ni atau pun tak. Because I am traumatized by my previous experienced of going abroad. Tapi ini je la peluang yang aku ade untuk sambung master. Which I really want to do. UKM dah reject application aku. Nak apply universiti lain, aku tak mampu pulak pasal yuran semua mahal-mahal belaka dan aku tak mampu as a self-sponsored student. So selepas banyak kali berdoa mintak ditunjukkan jalan yang baik untuk aku, aku membuat keputusan untuk terima tawaran tu. Aku cakap pada Allah, kalau ini yang terbaik untuk aku, mudahkan segala urusanku. Tapi kalau ia bukan yang terbaik untuk aku, maka halanglah aku daripada pergi dengan apa cara sekalipun. And alhamdulillah.. As for now, semuanya ok je. Takde la masalah yang besar lagi. Part yang paling susah pada aku adalah nak cari penjamin kedua. Aku plan nak mintak sama ada sepupu or makcik aku. Tapi sepupu aku menarik diri. Kecewa jugak la pasal sedara sendiri pun tak nak tolong aku. Tapi nak buat macam mane kan? Itu hak dia. Cuma terkilan la pasal sedara sendiri pun tak percaya kita. Takpe la.. Luckily makcik aku sanggup jadi penjamin. Alhamdulillah.. At least die percaya pada aku dan aku sangat2 berterima kasih pada beliau. Aku takkan lupa jasa beliau.
Tapi walaupun aku dah terima tawaran MARA, aku masih ade lagi satu kekangan. Dapatkan band 6.5 utk IELTS. Aku pun daftar la IELTS. Tapi oleh kerana takut tak lepas IELTS, aku pun sekali lagi gatal tangan apply universiti lain yang boleh terima GCE-O English kita time SPM dulu. Aku apply Leeds, Sheffield dan Cardiff. Dan alhamdulillah sekali lagi semua universiti tersebut bagi aku unconditional offer. Tapi bila aku bace subject-subject diorg, accreditation pada course yang diorang tawarkan dan beberapa faktor lain, aku pilih untuk ke Sheffield. Sets off for Edinburgh, but most probably will end up in Sheffield. Aku yang merancang tapi Allah yang tentukan. Sebenarnya aku memang nak sangat pergi ke Edinburgh pasal aku nak lari dari komuniti Melayu. Edinburgh tak ramai sangat Melayu. Bukan nak sombong or lupa daratan. Tapi aku nak pulang dengan membawa something new to myself. But it seems that I cannot run away from the fact that I am a Malay. So kene jugak la duduk di satu tempat yang kaya dengan orang Melayu.
|
Offer from Cardiff |
|
Offer from Leeds |
|
|
|
Offer from Sheffield |
Actually, there is a reason on my hesitation to further my study oversea. Firstly because of my job. I have quite a stable job at this moment. But I have to resign if I wish to further my study oversea. And I just did that. Aku sangat bersyukur dapat peluang kerja dengan Linde Malaysia. Pada aku Linde merupakan tempat kerja paling best penah aku kerja. Dekat Linde ni la aku belajar macam mane rasenye jadi orang kaya. You know.. Approximately 5k a month in hand. Dekat company ni la aku mampu beli kereta dan mampu bawak family aku makan dekat tempat-tempat yang best. Walaupun aku takde la minat sangat dengan nature of the job tapi I am getting the hang of it. I am going to write a separate post for Linde! Selain tu, aku juga meninggalkan banyak peluang yang aku dapat dekat Malaysia ni. Aku dapat calon simpanan Air Traffic Controller Officer under DCA. Gaji dekat sane pun boleh tahan jugak. Kalau dipanggil dalam masa terdekat ni, memang aku terpaksa tolak pasal aku kene sambung belajar. Dan tak lame selepas aku dapat tawaran MARA, Sime Darby pun bagi aku tawaran untuk SHE Exec. Gaji pokok lebih besar daripada Linde tapi dekat Linde aku ade banyak elaun. Dan selain tu, aku juga terpaksa tinggalkan kereta aku yang baru 5 bulan dipakai. Haha... Kawan-kawan aku banyak tanye "Abes tu kalau ko pegi sane, sape yang bayar kete ko??"... Haha.. Soalan tu jugak yang korang tanye. Jawapannya aku jugak yang akan bayar. Aku buat loan bayar guna direct debit. So rasenye takde masalah kot. Simpanan aku cukup kalau setakat setahun je.
|
Aku rase aku la antara yang rare decline offer kerja. |
|
Mungkin tak berpeluang nak menyertai DCA. |
|
Take care mate! See you in a year. |
Dan itulah kisah terbaru aku. Aku harap kali ni aku pergi dan pulang dengan membawa perkara yang sepatutnya aku bawa pulang. Aku harap aku dapat tamatkan pengajian master aku dengan jayanya dan kalau boleh, aku nak peluang untuk sambung lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Amiin.. Doakan aku rakan-rakan. Aku amat memerlukan doa kalian.
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya untuk tahun ini. Berhati-hati di jalan raya dan semoga kita berpeluang untuk bertemu di lain waktu. Taqaballahu minna wa minkum... Semoga Allah menerima ibadat kita...