Assalamualaikum
Dah lame jugak aku tak update blog ni. Sementara ada masa yang banyak ni, aku rase lebih baik aku update blog ni. Bajet popular pulak kn? Hahaha.. To be honest, when I started blogging, I have never intended to make my blog popular. I thought it is a good canvas to write down my thought or experience as a memory and reminder to myself. I write for myself. Not for others. If you find it useful and inspiring, Alhamdulillah. If otherwise, I am so sorry.
Well... It has been almost 5 months since I came back from my master's study. And since then, not much is happening in my life. I think the biggest one is the fact that I got engaged in December 2015 (honestly, can it get any bigger than that??). Since then, no good news at this moment. I spent my day at home doing nothing other than watching TV and surfing the internet for the past 5 months. Bukan aku tak apply kerja. Rasenye dah beratus-ratus jawatan yang aku mohon. Tapi apakan daya, rezeki aku tak sampai lagi. Dalam beratus kerja yang aku apply tu, ada la 5 organisasi panggil aku interview. Paling awal sekali UiTM untuk TPM. Rasenye yg tu dikira gagal la tu sebab tak panggil2 pun. Memula diorg mintak buat ujian personaliti. Lepas tu mula la interview die ikut subjek masing-masing. Aku dulu ade 4 orang panel yang merupakan pensyarah FSG. Die mintak kita bentangkan research proposal kita dlm bilik tu. Memang hancus giler la. Mane la aku nk prepare research proposal. Penat master pun tak abes lg time tu weyy. Aku memang tak harap sangat la. I know it is not for me. Proposal aku pun main buat ala kadar je sebab aku memang takde idea research ape nk buat. Lepas tu masa nk siapkan proposal pun dlm seminggu je. Memang teruk la proposal aku tu.
My second interview was with Shell Cyberjaya. Well.. I know what you thinking. Shell. It must be a very good one. Sebenarnya jawatan yang aku apply tu cuma customer service je. Operator telefon. Tapi gaji yang diorg bagi agak mahal. So aku pun pegi je la. Lama jugak aku kene interview. Interview Shell ni ade stages die. Memula die akan bagi briefing dulu. Die akan mintak perkenalkan diri dulu. Lepas tu barulah die akan mula tanye bende-bende lain seperti pengalaman dan sebagainya. Aku tak ingat sangat flow die sebab interview tu bulan 12 lepas. Aku tak dapat recall. Tapi memang die tanye macam-macam la. Dalam sejam jugak aku kene interview. In the end, die bg tau aku yang jawatan ni tak berapa sesuai dengan aku. Sebab jawatan ni tak perlu orang teknikal pun. Aku pulak siap ade master. Diorang cakap rugi la kalau aku kerja customer service je. In other words, I am overqualified. Sebenarnya daripada awal lagi aku dah expect bende ni. But for the sake of experience, aku pegi jugak la. Lagi pun dekat je Cyberjaya tu. But their office is seriously very nice. So kiranya interview ni pun kira gagal la.
Then tak lame lepas tu aku dapat 3rd interview pulak. Kali ni syarikat kecik je. Company chemical analysis as a chemist. Company kecik ni interview die simple je. Lebih straight forward. Die bg tau awal-awal yang gaji yg diorang boleh offer tak banyak. Sikit je. Aku cakap tak kisah pun sebab aku cuma nak kerja. Lepas tu owner tu cakap yang aku ni overqualified (again... sigh). Walaupun aku menepati kriteria yang die nak (lelaki, CGPA pun ok), tapi die tak nak aku merugikan masa depan aku sebab die yakin ade peluang yang lebih baik untuk aku di luar sana. But he is a good man though. Bekas pensyarah kimia USM. His words are very calming and he gave me a lot of encouragement. Before we end the interview, he wished me all the best. So, gagal lagi la kiranya.
At this point, I was actually tired of this job seeking conundrum. I was very hard this time. I think 10 times harder than my previous experience with job application. Ade la beberapa kali aku mengalami mental break down. Dan beberapa kali tu jugak la tunang aku memberi semangat pada aku. Then about last month, aku dapat pulak temu duga pergawai pertanian DBKL. Memula tu semangat jugak la kan. Hepi sebab dapat interview. Tapi bila aku tau yang jawatan kosong ada 1, tapi calon temu duga 50 orang, aku mula berpijak pada realiti kehidupan. The interview was ok but with the percentage of passing is 2%, I know it is almost impossible. Lagi pun time aku interview tu ade staff yang memang dh berkhidmat dgn DBKL. So mesti la die calon yang paling berkaliber skali. So aku pun tak harap.
Last week, aku pegi interview PTD. Well, sebenarnye ni lah jawatan yang paling aku target sekali. Selama ni bila aku mental break down, aku selalu yakinkan diri aku bahawa Allah nak bagi aku PTD tahun ni. Somehow it keeps me going. It eases my anxiety of not securing a job yet. So aku memang melakukan persediaan rapi la since aku pun takde kerja dekat rumah. Dalam sebulan jugak la bercakap sorang-sorang untuk simulate interview session. Boleh dikatakan aku memang well prepared. Tiba hari interview, aku calon 1st. Dengan mata yang mengantuk sebab malam tu tidur tak lena, aku pun memulakan sesi interview. Well, it was ok but not outstanding. Aku dapat rasakan yang aku ni just another candidate. I believe that I failed to make a big impression on my panels. Ade jugak masa di mana aku blank dan aku tergagap nak teruskan kata-kata. But overall, ok la. Not outstanding. Soalan yang die tanye banyak pasal diri sendiri dan pasal master aku dulu. Agak lame interview aku. Dalam setengah jam but I personally don't think it indicates anything. Ramai yang aku dengar interview sekejap yang berjaya. Rase sedih jugak because I think I just blew my chance of securing my place. And after the interview session, I seriously doubt that Allah didn't give me any job because He wants me to secure this job. I think His message is not what I thought it was. Sedih sangat.
Walaubagaimanapun, aku memang berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah letakkan tempat yang terbaik untuk aku. Aku harap rezeki aku dipermudahkan sebab aku berniat nak menyempurnakan agamaNya bulan Oktober nanti. Semoga aku tabah menerima ketentuanNya dan semoga jalan ku dipermudahkan olehNya. Sebab aku melihat melalui pandangan mata. Tapi pengelihatan Allah itu melebihi pandangan fizikal semata-mata. Allah lebih mengetahui. Rabbi yassir wala tu'assir. Amiin...