Thursday, 27 November 2008

Tiba-tiba jadi baik...

Dah lame jugak aku tak menulis dalam blog ni. Kesuntukan masa serta beban tugas menyebabkan aku mengabaikan blog ini untuk sementara waktu (chewah...). Aku terpanggil untuk menulis berkenaan isu di atas kerana aku tiba-tiba menjadi pelik apabila ade di antara rakan-rakan aku secara tiba-tiba berubah menjadi baik. Secara tiba-tiba, mereka ini menjadi seorang yang aku kira wara' dan kerap kali mem'forward'kn ayat-ayat berunsur keagamaan kepada ym aku. Aku tak marah pun malah jauh sekali aku membenci. Tetapi aku hairan. Kenapa tiba-tiba nak jadi baik? Berubah menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik adalah sesuatu yang positif, selari dengan peristiwa hijrah yang dituntut dan dirayakan setiap tahun oleh umat Islam. Aku gembira dengan perkembangan ini kerana aku mungkin tidak mampu berubah menjadi seorang hamba yang baik se'drastik' mereka. Tetapi apa yang merisaukan aku adalah asas kepada perubahan mereka. Kalau mereka berubah secara ikhlas kerana Allah, takpe la. Tapi aku risau kalau mereka berubah bukan kerana Allah. Aku risau kalau mereka berubah kerana 'peer pressure'. Aku risau kalau mereka berubah sebab nk 'impress' kawan-kawan atau seseorang, bukan sebab nk 'impress' Allah. Jangan salah anggap pada penulisan aku. Aku bukan nk menentang mereka. Tapi aku nak mereka fikirkan kerana apa mereka berubah. Hanya satu sahaja jawapan kepada persoalan ini: untuk mendapat keredhaan Allah. Kalau jawapannye lain atau pun ada sebab sampingan atau pun ade sebab yang kedua, ketiga, keempat atau yang seterusnya, maka betulkanlah niat anda. Cubalah berubah secara sedikit demi sedikit supaya ikhlas itu datang dalam hati. Percayalah, tanpa ikhlas, perubahan itu hanya akan bersifat sementara kerana hijrah itu lebih daripada sekadar 'rhetoric' (bak kata Khairy Jamaluddin). Kepada mereka yang berkenaan, aku harap kebaikan itu akan berkekalan. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Dan sekali lagi, bukan sekadar 'rhetoric'...

Saturday, 8 November 2008

iGames 2008

Pada 1 dan 2 November yang lalu, CZEMSA telah mengadakan iGames atau nama penuhnya intervarsity games yang telah mengumpulkan pelajar-pelajar Malaysia di Czech Republic yang datang daripada Prague, Hradec Kralove (HK) dan Olomouc. Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah Futsal, volleyball, bowling, pool, basketball dan tak lupe juga, sukaneka. Kontijen HK (team aku la tu) telah berjaya menggondol 6 pingat emas daripada 13 acara yang dipertandingkan. Saya sendiri telah diletakkan dalam bowling team B. Walaubagaimanapun, prestasi bowling team B tidak begitu memberangsangkan (malas nk ckp dpt no. brape). Walaupun HK mendapat 6 drpd 13 emas yang dipertandingkan, kami gagal membawa pulang piala pusingan 'Piala Duta Besar Malaysia' kerana kiraan dibuat mengikut 'point' yang telah ditetapkan oleh penganjur. Tahniah diucapkan kepada kontijen Prague kerana berjaya membawa pulang piala tersebut dan berjaya menjayakan iGames 2008 dengan baik.....

Monday, 1 September 2008

Matlamat Hidup

Apakah matlamat hidup kita? Sewaktu saya di tingkatan 5, saya sentiasa menjadikan biasiswa sebagai matlamat. Alhamdulillah. Saya berjaya mencapai matlamat saya. Kemudian, saya ke KMB. Matlamat saya berubah kepada meneruskan pengajian ke luar negara. Alhamdulillah. Kini saya di Czech Republic. Matlamat saya sekali lagi berubah. Ingin menamatkan pengajian dengan jayanya. Selepas ini, matlamat saya akan berubah lagi. Dan lagi, dan lagi.... Namun setelah beberapa lama di Czech Republic, barulah saya sedar. There is more to life than to further your study oversea. Apa yang ingin saya katakan adalah, sejauh mana pun matlamat yang kita tetapkan di dunia ini, belum tentu ia dapat memberikan kebahagiaan kepada kita. Kerana dunia ini tiada kepastian. Kerana apa yang zahir di mata kita, belum tentu lagi sezahir batinnya. Hari ini, kita meletakkan sesuatu matlamat dalam hidup kita kerana kita yakin bahawa matlamat itu akan memberikan kebahagiaan kepada kita. Tetapi sejauh manakah kepastian kita? Tiada yang pasti di dunia ini kecuali janji Allah. Manusia merancang. Allah menentukan.

(Mengapa saya menulis perkara ini? Fikirlah sendiri)

Wednesday, 20 August 2008

Erti Hidup

Minggu lepas, saya dikejutkan dengan berita kematian anak kepada jiran saya. Walaupun kami jarang bercakap, tetapi saya tetap dapat merasakan pemergian beliau. Beliau hanya mampu melihat dunia yang diciptakan Allah ini selama 20 tahun sahaja. Alhamdulillah kerana saya diberikan masa yang lebih oleh Allah berbanding beliau. Kadang-kala saya terfikir. Adakah saya menggunakan masa yang lebih itu untuk tujuan kebaikan? Saya juga tertanya-tanya sama ada saya bersedia untuk bertemu pencipta alam ini jika saya dipanggil dalam masa yang terdekat ini? Kita sentiasa berusaha untuk mengejar kejayaan di dunia yang MUNGKIN mampu memberikan ruang selama 60-70 tahun kepada kita. Namun cukupkah usaha kita untuk mengejar alam yang kekal abadi? Fikirkanlah. Letaklah prioriti pada tempat yang sepatutnya.

Al-Fatihah buat jiran saya....

Wednesday, 2 July 2008

Mencari Keyakinan

Bila difikirkan semula, saya telah banyak memecahkan rekod. Bukan rekod olimpik yang saya bicarakan malah jauh sekali rekod dunia. Rekod yang ingin saya bicarakan adalah rekod kecil yang berkaitan dengan keluarga dan rakan-rakan. Saya merupakan anak pertama dalam keluarga saya. Itu juga merupakan satu rekod. Menjadi yang pertama daripada hasil pernikahan ibu bapa saya. Saya juga merupakan anak pertama yang diberi peluang dan kesempatan untuk menuntut ilmu di rantau orang. Walaupun saya hanya mampu ke Czech Republic, negara yang asing sebagai pilihan melanjutkan pelajaran. Namun itu juga satu pencapaian. Juga satu rekod. Malah saya juga merupakan yang pertama di kalangan sepupu-sepupu saya. Alhamdulillah... Saya juga merupakan satu-satunya di antara rakan sekelas saya yang dihantar ke Czech Republic. Juga satu rekod.

Apa yang ingin saya simpulkan di sini adalah kehebatan yang ada dalam diri kita. Sejak dari dalam rahim ibu lagi kita dipilih daripada yang terhebat. Daripada puluhan juta sperma yang cuba bersenyawa dengan ovum, Allah memilih kita. Sejak lahir lagi kita merupakan seorang jaguh di antara puluhan juta. Kita merupakan 'the chosen one' yang dipilih untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Carilah kehebatan diri. Nescaya anda akan dapati kehebatan anda.

Sunday, 8 June 2008

Realiti Kehidupan

Saya tertarik dengan kenyataan akhbar oleh saudara Ezam Mohd. Nor yang antara lain menyebut bahawa 'Dalam politik, kita MENGGUNAKAN ATAU DIGUNAKAN'. Ada benarnya kata-kata beliau itu. Dan saya merasakan bahawa kebenaran kata-kata itu tidak terbatas kepada dunia politik semata-mata malahan ianya benar dalam konteks dunia ini secara meluas. Sedar ataupun tidak, saban hari kita digunakan dan selama itu jugalah kita menggunakan. Rakan yang ikhlas? Memang ada tetapi jumlahnya semakin mengurang dan amat sukar untuk dicari. Cuba kita tanya diri sendiri. Selalunya bila kita akan bertanyakan khabar seorang rakan yang telah lama tidak dihubungi? Tentulah ketika kita memerlukan bantuan mereka. Jika jawapan anda berbeza, Alhamdulillah. Tetapi saya yakin ramai yang bersetuju dengan jawapan saya. Itu pun jika rakan yang kita cari semula itu masih mempunyai kuasa dan upaya untuk membantu kita. Jika mereka sudah tiada kuasa dan upaya, bayangkan apa yang akan terjadi kepada mereka. Perkara ini membawa kepada satu lagi fenomena yang ingin saya namakan 'MELUPAKAN DAN DILUPAKAN'. Saban hari, kita melupakan dan dilupakan. Banyak contoh yang telah berlaku. Ketika kita di ambang kuasa, kita akan dihormati dan disanjung tinggi. Apabila semua itu sudah tiada dalam genggaman kita lagi, tiada lagi penghormatan seperti yang diterima dahulu. Inilah roda kehidupan. Kitaran hidup. Suatu hari nanti kita pun bakal menghadapinya melainkan kita meninggal dunia ketika berkuasa. Bersedialah. Inilah norma kehidupan yang menjadikan kerusi dan emas sebagai matlamat!

Monday, 12 May 2008

Reason behind the name 'acute_writer'?

The reason why I chose the name acute writer is because in medical field of view, acute means 'short and sharp'. The whole purpose of my blog is to write short thought of mine about life and about what happen in the world nowadays.