Tidak banyak yang berubah di Malaysia. Masih lagi sama. Mungkin setahun setengah tidak membawa apa-apa perbezaan terhadap pembangunan negara. Mungkin negara telah hampir mencapai tahap tepu dalam aspek kemajuan. Namun rumah saya jelas telah berubah. Sewaktu saya meninggalkan Malaysia, rumah saya sedang diubahsuai. Sekarang ni rumah tersebut lebih selesa untuk diduduki. Namun sayangnya, saya hanya dapat merasa sekejap sahaja nikmatnya. Hanya ketika cuti-cuti panjang yang membolehkan saya pulang. Apabila tamat belajar, mungkin saya akan ditugaskan di luar Lembah Kelang. Maka ketika itu sudah tentu saya akan tinggal sendirian. Sewa rumah sendiri. Kalau ada rezeki kerja di Lembah Kelang sekalipun, mungkin ketika itu saya telah berkahwin. Takkan nak menempel dengan mak bapak lagi kan? Mestilah duduk rumah sendiri. Maka tidaklah saya merasai nikmat rumah yang disebutkan tadi.
Baiklah. Mungkin dah off-topic sedikit. Sebelum pulang, perkara yang membuatkan saya 'excited' (dengan izin) adalah makan makanan Malaysia. Namun apabila tiba di Malaysia, saya sedar ada perkara yang lebih penting dari semua itu. Lebih penting daripada membeli-belah (membeli belah di Malaysia sangatlah murah berbanding Czech Republic), makan dan sebagainya. Perkara itu adalah untuk berjumpa ahli keluarga. Tidak dinafikan, saya ber'skype' dengan mereka (dengan video conferencing) hampir setiap minggu. Namun pengalaman itu berbeza dengan berjumpa secara 'live' dengan meraka. Mereka terkejut dengan panggilan telefon yang saya buat di KLIA yang meminta mereka mengambil saya di ERL Putrajaya. Itulah saat paling manis sepanjang cuti saya di Malaysia. Walaupun saya tidak kemana-mana (hanya sekitar KL dan Selangor sahaja), namun, saya puas. Puas yang amat sangat kerana dapat bertemu keluarga tercinta...
-Stefanikova 318, 1.21 pm-
No comments:
Post a Comment