Assalamualaikum
I am not particularly in a good mood. Semalam aku perasan ade lekuk yang agak dalam dkt kereta aku. Lekuk dkt A-pillar. I am very sad because I take care of my car very well. And the dent situated on what I consider as the chassis or the bone of the car. Something which is not replaceable. Kalau pintu kemek, kita boleh ganti seketul pintu tu. But the a-pillar is integrated with the chassis. Therefore, it is not replaceable and I can only cement the area. Huwargghhhh.... T____T
Location of A-Pillar The dent |
Aku pun tak perasan mane aku dapat lekuk ni. Setahu aku, aku tade pun langgar apa-apa time drive. Looking at the size of the dent, I must have hit something hard and heavy. Tapi memang aku takde pun langgar apa-apa time drive tu. Kalau ada, mesti bunyi sangat kuat dan mesti aku akan perasan. Aku syak lekuk ni kene time aku parking dekat INTENGAH time PAC hari tu. Aku park bawah pokok dan kebetulan petang tu hujan lebat giler dkt area PJ. Maybe ada dahan yang jatuh lalu mencederakan kereta kesayangan aku ni. Aisey... Sedih hati aku. Mula la perasaan membuak-buak nak tukar Mazda 3 or Mazda CX5.
Ok lah... Redha je la ape yang berlaku. Harap ada hikmah di sebalik kejadian. Ada satu lagi kejadian sedih aku nak cerita. Baru-baru ni aku menyertai Program Assessment Centre (PAC) untuk jawatan PTD M41. Untuk orang menganggur macam aku ni, dipanggil PAC pun dh kira hepi sebab keje lain tu memang tak panggil-panggil pun lagi. Ni pengalaman pertama aku menyertai PAC. Dan aku rase pengalaman buruk jugak la kot. Kalau tak silap aku, PAC ni diadakan semula. Batch terakhir yang perlu melalui PAC adalah batch 2012. Batch 2013 sampai 2015 tak perlu menghadapi PAC. Lulus je exam terus pergi interview. Rase menyesal jugak la sebab tahun lepas tak balik untuk interview. Tapi takpe la. Mungkin takdir aku mcm ni. This year is one of the most rigorous selection for the post of PTD. Aktiviti pertama PAC kali ni adalah Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). UKJK terdiri daripada aktiviti ukur BMI, curl up, sit and reach, hand grip and last but not least, beep test. Memang rasa mcm nak amik askar je aku rase. Aku pun tak faham kenapa perlu buat aktiviti-aktiviti ni tapi takpe lah. Saya yang menurut perintah, maka aku gagahi jua. Siapa yang tak lepas UKJK tidak dapat meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya. UKJK bermula kira-kira jam 9 pagi dan tamat pada jam 1 tgh hari. Keputusan sama ada berjaya atau tidak diberitahu pada jam 2 ptg. Kalau tak berjaya, maka kene pulang. Bagi yang berjaya, akan meneruskan aktiviti seterusnya yang merupakan esei BM dan BI. Habis je esei BM dan BI, boleh mula mendaftar masuk asrama INTAN dan bersiap-siap untuk menghadapi aktiviti LDK. Aktiviti ni kisah kapal karam dan kene pilih seorang untuk dibuang. Memula kita kene bincang siapa yang nak dibuang dan kemudian setiap kumpulan akan diberikan satu watak dan kami perlu mempertahankan watak kami untuk kekal dalam kapal tersebut. Kami dikehendaki membentangkan hujah kami di hadapan semua peserta dan akan ada sesi soal jawab bagi pembentangan tersebut. Tapi aku tak tau macam mane die assess kami sebab aku tak nampak langsung fasi yang bertugas mencatit markah. Mungkin aku terlepas pandang kot. Habis je aktiviti LDK tersebut, setiap seorang akan diberikan tajuk Pengucapan Awam dan Public Speaking untuk dipersembahkan pada keesokan harinya.
Pengucapan awam ni memang aku cuak. Dua-dua pun aku cuak sama ada BM or BI. Sebabnya aku ni bukanlah seorang yang pandai berkata-kata. Lepas tu malam tu aku tak boleh nak buat preparation sangat sebab terlalu penat menghadapi UKJK. Jadi memang aku tak bole nak menghafal teks ucapan aku. Jadi aku ambil keputusan untuk ingat point sahaja. Tibalah masa yang dinantikan. Aku diberikan turn yang dalam lingkungan pertengahan. So aku dapat tengok la orang lain present dulu. Dan ada di antara ahli kumpulan aku yang menghafal teks mereka tetapi ada jugak ramai yang hanya membaca teks. Demm.. Aku semakin cuak sebab aku rase bench mark mereka agak tinggi. Sampai giliran aku, memula aku sombong taknak baca nota. Aku simpan nota dalam blazer. Lepas tu tengok2 aku lupa point kedua. Hahaha... Ape lagi, seluk poket tengok nota la. Tapi aku takdelah terus membaca nota tu. Aku cuma tengok point dan huraikan sendiri isi tersebut. Di akhir sesi tersebut, panel bagi tahu yang kami perlu tingkatkan keyakinan dalam pengucapan awam kami. Die cakap kalau isi bagus tapi penyampaian membosankan, maka isi tu orang akan terlepas pandang. Tapi memang betul la die ckp tu sebab aku rase pengucapan awam group kami memang agak membosankan termasuk la aku. Hahaha... Lepas tu bersedia untuk ke public speaking pulak.
Public speaking ni kami dapat panel yang sangat baik. Mr. Wong name nye. Die memang baik dan bagi kami encouragement. Setidak-tidaknya dapat lah mengurangkan degupan jantung aku yang dh tahap helicopter apache ni. 1st two presenters memorized their text as before. Aku presenter ke 3. Aku mcm biasa tak hafal skrip tapi explain je la ikut sedap mulut. Aku bawak nota ke depan tapi kali ni aku memang tak rujuk langsung. Cuma pegang mcm tu je. Public speaking aku agak berterabur dengan isi yang ntah pape. Haha... Tapi aku harap die nampak la yang aku ni natural. Bukan hafal or bace text macam yang lain tu. Lepas habis je semua peserta, Mr. Wong buat sesi suai kenal dan kami berbual-bual la dengan die. Antara soalan yang ditanya berapa kali apply PTD. Dan dari situ baru la aku faham kenapa aku rase kerdil dalam group tu. Ada sorang mamat ni dh penah dpt reserve list utk PTD. Ade sorang pompuan ni dh penah reserve list utk Juruaudit W41. Sorang lelaki ni dh penah dapat pun Pegawai Pemakanan tapi die tolak. Tinggal la aku sorang je yang menganggur. Hahaha... Abes je semua bende tu, kami pegi bilik lain untuk group discussion pulak.
Assessor kami untuk kali ni nampak muda giler. Aku rase umur die abes tua pun dalam awal 40-an. Tapi aku rase umur sebenar die hujung 30-an. Die ni PTD drpd JPN. Kalau ikut apa yang diorg bg tau, panel utk PAC ni gred M52/M54. Untuk umur die berada di gred M52, memang luar biasa la. Sebab tu la ramai yang gila nak jadi PTD. Cepat gila naik gred. Berbalik kepada tajuk discussion, kami dapat tajuk empowering disabled in Malaysia. Group discussion ni la yang paling aku yakin sekali sebab aku rasa aku agak menyerlah tanpa menidakkan hak orang lain untuk bercakap. Banyak jugak idea-idea bernas serta contoh-contoh inisiatif kerajaan yang aku bentangkan dalam discussion tersebut. Harap-harap dapat la cover markah Public Speaking dgn Pengucapan Awam yang hampeh tadi tu.
Overall aku sebenarnya tak yakin dengan kemampuan aku untuk ke peringkat temuduga. Sebab aku tau ramai lagi yang power-power dalam batch aku tu. Dalam kumpulan aku pun dh rase kerdil, apatah lagi dalam keseluruhan batch aku tu. Belum lagi batch lain dan tempat-tempat lain pulak. Honestly memang susah nak dapat tapi we never know. Tipu lah kalau aku ckp aku tak berharap. Tak berharap buat apa datang PAC kn? Memang aku berharap sangat-sangat tapi aku tak terkejut kalau aku tak berjaya PAC ni. Cuma aku tetap berdoa agar aku diberikan peluang. Tapi pada masa yang sama aku harap aku redha walau apa pun yang Allah tentukan untuk aku. Dengar cerita daripada 2.8k orang yang menamatkan PAC, hanya 1k sahaja yang akan ditemuduga. Harap-harap aku ada la dalam 1k tu. Walaubagaimanapun, aku bersyukur diberikan peluang untuk menghadiri PAC. Baru la aku tau yang sebenarnya aku ni hanya jaguh kampung. Haha... Doakan aku rakan-rakan. Yang lebih penting lagi doakan aku redha menerima apa jua ketentuan Ilahi.
Itulah die cerita sedih aku. PAC hancus, kereta pun hancus. Nasib badan.