Saturday 31 August 2013

Update terbaru

Rasenye dh lame jugak aku tak update blog aku ni. I've been busy. Maklum la... Orang berkerjaya. Cheeewwwaahhhh!!! Haha..

Terlebih dahulu aku nk mengucapkan Selamat Hari Merdeka buat Malaysia. Tema tahun ni agak baik; Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku. Simple, mudah difahami dan yang penting sekali, tiada unsur politik.

Ok la.. Banyak jugak bende yang berlaku antara Jun sampai la 31 Ogos ni. Biarlah aku ceritakan secara kronologi. Sejak akhir-akhir ni aku tengok antara post aku yg popular ialah pasal exam PTD tu. I am not surprised because the interview sessions are still ongoing. Maybe diorg search tips utk interview PTD kot. Alhamdulillah aku dh pun ditemuduga pada 21 Jun lepas. Aku calon fasa pertama. To be honest, aku tak konfiden dengan interview aku tu. So aku pun tak nak berharap sangat. Tapi sebenarnya dalam hati berharap la jugak kan. Mustahil la dah pegi interview tak berharap dapat. Kalau betul tak berharap, what's the point of applying in the first place kan?? Yupp.. Aku memang berharap sebenarnya. But I'm not surprised if I fail that intervew. Kalau ade rezeki, ade la. Kalau tak, cuba lagi lain kali. Yang penting kene selalu berdoa dan bersyukur. Dan aku bukan tak nak bagi tips. Cuma waktu aku interview dulu, soalan nye cuma berkisar dengan kisah peribadi aku je. Buat penat je aku hafal a few articles on the constitution. Cuma bersedialah dengan setiap jawapan korang. Jawapan tu akan jadi bullet untuk attack korang balik. But the interview was fun. Takde la stress sangat. Panel pun baik sangat. So jangan stress. Perhaps ade satu tips je aku nak bagi. Jage pakaian korang. Pasal aku dulu sampai panel tu berdiri nak tengok kasut dan stokin aku. Dan masuklah group PTD dalam Facebook. Dalam group tu banyak tips yang korang bole dapat.

Cukuplah kisah PTD tu. One more important news is that I've finally graduated! Yeayy!! Alhamdulillah.. It is a big thing for me. Aku tunggu daripada 2007 lagi untuk menggenggam segulung ijazah. Tapi sampai sekarang pun tak dapat lagi. Yang ada hanyalah 2 gulung transkrip rasmi UiTM. Hehe... Terima kasih UiTM atas ilmu yang telah dicurahkan, atas peluang yang diberikan. Syukur sangat2.

Tak lame lepas aku dpt result final sem aku, aku pun dapat interview keje. 2 interview sebenarnye. Dan dua-dua dalam hari yang same (15 Ogos 2013). Aku pun pergi la dua-dua interview tu. Dan pada 19 Ogos 2013, aku mula mendaftar masuk dekat Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keje sementara je. Gaji dibayar mengikut harian. Bole la kumpul duit buat modal kahwin. Dan tak sampai seminggu aku keje, aku pun dapat tawaran daripada syarikat yang aku pegi interview 15 Ogos dulu tu. Aku akan mendaftar Isnin depan (2 Sept 2013). Alhamdulillah.. Sempat la aku keje 2 minggu je dkt BKK. Tolak Sabtu dan Ahad, 10 hari je aku keje. Tapi sebenarnya memang penat keje BKK tu. Banyak bende yang aku belajar kt sane. Kalau ade sape2 ckp keje kerajaan tu rilek, aku rase elok sepak je orang tu. Maybe 10 tahun lepas rilek la kot. But it's not the case anymore. Everything is fast. Dapat memo pagi, petang kene siap. Program start minggu depan, minggu ni baru dapat arahan. So jangan perlekehkan orang keje kerajaan okeyy.

Tapi sebenarnya aku sedih meninggalkan dunia pelajar ni. Isnin depan aku keje kt tempat baru. Korang bayangkanlah keje yang kita dapat tu akan kita buat setiap hari sampai la kita bersara nanti. 20++ tahun buat bende yang sama. Hurm..

Ok lah.. Rasenye cukuplah kot sampai sini saje. Doakan aku di tempat baru ni.

Amacam.. Ade tokoh jadi KSU Kementerian tak??


FYESTA Sekolah Seni JB. Antara program yang aku terlibat di BKK dulu

Gambar kenangan bersama Pengarah BKK