Thursday 12 May 2016

3 years and a master later. Alhamdulillah!

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Semalam aku dapat satu berita yang sangat menggembirakan aku. Sampai meleleh air mata aku. Menangis kegembiraan. Menangis sebab terharu. Syukur kepada Allah di atas segala nikmat dan kurniaanNya. Allah has always been so generous with me. Cuma aku je selalu menjadi hambaNya yang tidak bersyukur. 


Remember the PTD interview I was talking about? Alhamdulillah that is the result I got. Setelah tiga tahun menunggu dan mencuba. Alhamdulillah aku berjaya temu duga tersebut. Walaubagaimanapun keputusan ni belum rasmi lagi. Keputusan rasmi berdasarkan surat pemberitahuan yang akan SPA keluarkan. Harap-harap portal SPA tu tak troll aku la. Kalau tak, sedih gila la aku. Haha.. Alhamdulillah...

Aku nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua ibu bapa aku yang memang aku tau terlalu banyak mendoakan aku. Diorang memang nak sangat anak diorang jadi PTD. Terutamanya ayah aku sebab dulu die pernah apply tapi sampai stage interview tak lepas. PAC pun die lepas time tu. Memang aku respect la ayah aku sebab zaman dulu bukan senang nak lulus PAC. Takpe la abah. Kalau bukan rezeki abah, rezeki anak abah. InsyaAllah nanti aku akan realisasikan impian ayah aku nk pakai no. 1 dress. Mak aku pun same jugak. Semua kawan-kawan die yang nak pegi Mekah buat umrah die akan kirim doa utk aku. Doa mama Allah dah tunaikan.

Jauh lagi perjalanan hidup ini sebenarnya. Ini baru permulaan. Along the way, I am sure that there will be a lot of challenges that I have to face. Sebagai manusia, aku melihat melalui pemikiran aku sebagai seorang manusia. Dan mengikut pertimbangan aku, ini adalah jalan yang terbaik untuk aku. Mungkin aku betul, mungkin aku salah. Kita tak tau apa yang menanti aku di awal, pertengahan atau penghujung jalan ni. So aku kene sentiasa minta petunjuk dan bimbingan daripadaNya. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga kita bersangka baik pada ketentuanNya.

Alhamdulillah.. Alhmadulillah.. Alhamdulillah..