Sunday 8 December 2013

Exam A41 dan perkara-perkara berbangkit yang lain.

Salam semua... Sabtu lepas (31/11/2013) aku dipanggil untuk menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 di MAEPS Serdang. Dalam Bahasa Inggerisnya jawatan ini dipanggil Air Traffic Controller (ATC). Aku pun tak pasti sangat dengan skop kerja ATC ni. Yang aku tahu kerja dia basically control trafic kapal terbang di udara atau pun di atas landasan. Dulu aku isi jawatan ni pasal aku dengar elaun dia banyak. Gaji bulan pertama boleh sampai RM 5k. Sape tak nak kan? Tapi sebelum boleh dapat gaji besar tu, kene masuk kursus dulu. 18 bulan kalau tak silap aku. Kursus tu untuk mendapatkan lesen serta tauliah untuk menjadi seorang ATC. Aku dengar cerita, kerja pun rilek je. Sehari kerja, sehari cuti. Cuma stress sikit waktu nak mengatur laluan kapal terbang tu je. Dan tanggungjawab pun sangat besar. Kalau tersalah, ratusan nyawa akan melayang.

Berbalik kepada peperiksaan tersebut. Ini peperiksaan SPA kedua yang aku hadiri selepas peperiksaan PTD. So aku takde la canggung sangat. Rilek je. Sangat rilek sebenarnye. Tak study langsung. Bajet power je datang exam pagi tu. Haha.. Ada 5 bahagian. Bahagian A pengetahuan am. Bahagian B penyelesaian masalah dan matematik. Bahagian C pemahaman bahasa inggeris dan bahagian akhir merupakan ujian sahsiah. Macam biasa, aku kantoi part pengetahuan am. Part lain tu rasenye ok je. Soalan pengetahuan am tu byk pasal dunia penerbangan. Kalau nk banyak info, rajin-rajin la menonton Air Crash Investigation. Kat Youtube pun banyak video tu. Untuk part sahsiah pulak, aku rase tersangatlah poyo. Yang positif-positif tu, semuanya aku setuju. Yang negatif pulak, semua tak setuju. Haha...

Antara cerita lain yang aku nak rangkumkan dalam post ni adalah berkenaan kawan aku di Linde ni. Die baru je keje Linde tak sampai setahun. Aku pun baru je kenal die dalam 2 minggu. Tiba-tiba die bg tau aku die dapat offer oil and gas. Name company tu KNM. Bila die ckp gaji die, aku terus termenung. Gila la.. Hampir dua kali ganda gaji aku sekarang. Offer yang dia dapat tu membuatkan aku terfikir untuk masuk line oil and gas. Kalau tak dapat bahagian teknikal, dapat jadi executive pun jadi la. Gaji pun mesti area-area tu jugak. Tapi buat masa sekarang ni prioriti aku tetap pada PTD la. Andai kata takde rezeki kat situ, aku akan cuba cari jalan untuk masuk oil and gas tahun 2014 nanti. Lagi pun aku sebenarnya ada plan lain dalam hidup aku ni. Andai kata aku tak dapat masuk kerajaan, aku akan kerja swasta for the sake of kumpul modal. Cukup je modal nanti, I plan to have my own business. Business apa tu tak fikir lagi. Masih lagi mencari-cari perniagaan yang sesuai. Tapi aku business bukan sebab nak kaya. Aku cuma nak senang. Mampu beli rumah yang selesa untuk bakal family yang akan aku bina dan mampu beli kereta yang baik untuk family aku juga. Cukuplah macam tu. Aku takde niat pun nak masuk dalam list "Richest Man in Malaysia".

Speaking of PTD, kemungkinan besar keputusan temuduga takkan diumumkan pada 31 Disember seperti yang dijadualkan pada mulanya. Sebab apa, dalam surat calon yang ditemuduga pada bulan Disember (fasa akhir) ada dinyatakan bahawa keputusan akan diperolehi pada 21 Jan 2014. Aku rase takkan la keputusan akan diumumkan secara berasingan. So aku pun buat conclusion yang keputusan akan diumumkan serentak pada 21 Jan 2014 untuk semua calon daripada fasa 1 sampai la fasa 6. Dan ini juga bermakna bahawa genap 7 bulan aku menunggu keputusan temuduga PTD aku. Kalau amek master, dh masuk semester yang kedua dah. Haha...

Oh ya... Aku dh book kereta Ahad lepas (1 Disember 2013). And surprisingly, the car is none of the previous list. Haha... Delivery kemungkinan dalam bulan 2 nanti. Dh delivery nanti baru aku bg tau kete ape ye. Loan pun tak tau bole lepas ke tak. So aku tak berani nak ckp apa-apa dlm post ni. Huhu...