Sunday 8 December 2013

Exam A41 dan perkara-perkara berbangkit yang lain.

Salam semua... Sabtu lepas (31/11/2013) aku dipanggil untuk menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 di MAEPS Serdang. Dalam Bahasa Inggerisnya jawatan ini dipanggil Air Traffic Controller (ATC). Aku pun tak pasti sangat dengan skop kerja ATC ni. Yang aku tahu kerja dia basically control trafic kapal terbang di udara atau pun di atas landasan. Dulu aku isi jawatan ni pasal aku dengar elaun dia banyak. Gaji bulan pertama boleh sampai RM 5k. Sape tak nak kan? Tapi sebelum boleh dapat gaji besar tu, kene masuk kursus dulu. 18 bulan kalau tak silap aku. Kursus tu untuk mendapatkan lesen serta tauliah untuk menjadi seorang ATC. Aku dengar cerita, kerja pun rilek je. Sehari kerja, sehari cuti. Cuma stress sikit waktu nak mengatur laluan kapal terbang tu je. Dan tanggungjawab pun sangat besar. Kalau tersalah, ratusan nyawa akan melayang.

Berbalik kepada peperiksaan tersebut. Ini peperiksaan SPA kedua yang aku hadiri selepas peperiksaan PTD. So aku takde la canggung sangat. Rilek je. Sangat rilek sebenarnye. Tak study langsung. Bajet power je datang exam pagi tu. Haha.. Ada 5 bahagian. Bahagian A pengetahuan am. Bahagian B penyelesaian masalah dan matematik. Bahagian C pemahaman bahasa inggeris dan bahagian akhir merupakan ujian sahsiah. Macam biasa, aku kantoi part pengetahuan am. Part lain tu rasenye ok je. Soalan pengetahuan am tu byk pasal dunia penerbangan. Kalau nk banyak info, rajin-rajin la menonton Air Crash Investigation. Kat Youtube pun banyak video tu. Untuk part sahsiah pulak, aku rase tersangatlah poyo. Yang positif-positif tu, semuanya aku setuju. Yang negatif pulak, semua tak setuju. Haha...

Antara cerita lain yang aku nak rangkumkan dalam post ni adalah berkenaan kawan aku di Linde ni. Die baru je keje Linde tak sampai setahun. Aku pun baru je kenal die dalam 2 minggu. Tiba-tiba die bg tau aku die dapat offer oil and gas. Name company tu KNM. Bila die ckp gaji die, aku terus termenung. Gila la.. Hampir dua kali ganda gaji aku sekarang. Offer yang dia dapat tu membuatkan aku terfikir untuk masuk line oil and gas. Kalau tak dapat bahagian teknikal, dapat jadi executive pun jadi la. Gaji pun mesti area-area tu jugak. Tapi buat masa sekarang ni prioriti aku tetap pada PTD la. Andai kata takde rezeki kat situ, aku akan cuba cari jalan untuk masuk oil and gas tahun 2014 nanti. Lagi pun aku sebenarnya ada plan lain dalam hidup aku ni. Andai kata aku tak dapat masuk kerajaan, aku akan kerja swasta for the sake of kumpul modal. Cukup je modal nanti, I plan to have my own business. Business apa tu tak fikir lagi. Masih lagi mencari-cari perniagaan yang sesuai. Tapi aku business bukan sebab nak kaya. Aku cuma nak senang. Mampu beli rumah yang selesa untuk bakal family yang akan aku bina dan mampu beli kereta yang baik untuk family aku juga. Cukuplah macam tu. Aku takde niat pun nak masuk dalam list "Richest Man in Malaysia".

Speaking of PTD, kemungkinan besar keputusan temuduga takkan diumumkan pada 31 Disember seperti yang dijadualkan pada mulanya. Sebab apa, dalam surat calon yang ditemuduga pada bulan Disember (fasa akhir) ada dinyatakan bahawa keputusan akan diperolehi pada 21 Jan 2014. Aku rase takkan la keputusan akan diumumkan secara berasingan. So aku pun buat conclusion yang keputusan akan diumumkan serentak pada 21 Jan 2014 untuk semua calon daripada fasa 1 sampai la fasa 6. Dan ini juga bermakna bahawa genap 7 bulan aku menunggu keputusan temuduga PTD aku. Kalau amek master, dh masuk semester yang kedua dah. Haha...

Oh ya... Aku dh book kereta Ahad lepas (1 Disember 2013). And surprisingly, the car is none of the previous list. Haha... Delivery kemungkinan dalam bulan 2 nanti. Dh delivery nanti baru aku bg tau kete ape ye. Loan pun tak tau bole lepas ke tak. So aku tak berani nak ckp apa-apa dlm post ni. Huhu...

15 comments:

Lynn said...

salam..tgh2 mencari soalan interview ptd pastu pakcik google bawak mai sini..hehe.. susah x interview hari tu? mine will be on 18th... n skrg keje dlm oil and gas..hihi..

acute_writer said...

Wsalam... Saya interview fasa 1 dulu. Waktu interview saya masih belum habis degree lagi. So, soalan yang panel tanye takde la berat sangat. Antara soalan yang saya ingat:

1. Apa kualiti yang ada pd awak yang membuatkan awk bole jd PTD yang baik.
2. Apa kaitan degree awk dengan tugasan PTD. (Saya background pure chemistry)
3. 8 bidang PTD
4. Pilih satu bidang dlm 8 bidang PTD yang awk nk ceburi. Kenapa?
5. Soalan ni berkait dengan soalan no 4. Saya pilih Hubungan Luar dan Antarabangsa. Jadi panel tanye pendapat mengenai perkembangan hubungan luar Malaysia. Soalan ditanya dalam bahasa inggeris.

Rasenye tu je soalan yang saya ingat. Cuma saya nk bagi satu tips. Jage pakaian. Panel saya check pakaian agak thorough. Sampai stokin pun die tengok. Dan soalan yang akan ditanya mesti berkait dengan jawapan yang kita bagi. So, plan betul2 jawapan awk. Flow interview saya tak sama macam kebanyakan org lain. Soalan first saya bukan perkenalkan diri mcm yang biasa kita dengar. Tapi banyak pasal study saya dulu. Pape pun, gud luck. Saya tak berapa yakin dengan interview saya. Cuma mampu berdoa je. Sesi saya berlangsung dalam 20 minit sahaja.

Lynn said...

wow...terima kasih banyak2 sebab terang dgn detail. :) really appreciate it. saya doakan kita sama2 berjaya k.. smlm ada baca kat FB PTD.. 4k yg interview, 200 org je kot nak pakai.. mmg tough..

awak pakai kot x.. masa duduk tu kena bukak kot kan?

acute_writer said...

Saya pakai kot. Tapi time duduk tu saya bukak butang kot tu. Awk lelaki ke pompuan? Kalau pompuan, mungkin dress code flexible sket. Tp kalau lelaki, jage elok2 pakaian tu. Interview kt mane?

Linda said...

haha..dah terang2 nama saya Lynn... awak ni.. ;p
Interview kat Wisma Negeri, Kuala Terengganu.
oh ye.. saya pon pergi jugak exam ATC 30/11 aritu... esok result dia kan? cuak plak...hehe....

acute_writer said...

Owh.. Hehe.. Eh.. ATC tu kuar 4 Jan 2014 la. Tp sy x harap pun ATC tu. Sy pelat 'R'. Sy dengar kalau org pelat ni memang kene reject. Huhu...

Lynn said...

eh...masa saya exam aritu, pengawas tu byk kali umum yg result kluar 12hb..kalau lulus 21hb ni assessment...
kawan sy tgh training atc ni pon ckp, penyelia dia bgtau result dh ada...
mesti kiut kalo dgr awk ckp kn..hehe.. give it a try..jgn give up awal2..

acute_writer said...

Owh ye ke? Sy x perasan plak die ade ckp result kuar 12 Dec. Tiba2 rase cuak plak. Huhu... Neway, all the best utk interview PTD. Prepare elok2. Jgn jd mcm sy hari tu. Huhu.. Oh ye... Gud luck utk ATC jgk. Hehe...

Lynn said...

thanks so much...sorry la jadikan ruangan komen ni mcm chatroom plak.huhu..
nnt dpt result share2 la ye. ;)

Lynn said...

awak...cmne result? :)

acute_writer said...

Alhamdulillah.. 21 ni PAC dkt DCA. Awk cmne? PAC kt mane?

Lynn said...

ohh...sgt tak aci...saya PAC ahad..22hb kat Sultan Mahmud Airport..terpaksa la amik cuti.. awk ada fb? senang nk PM kalo nk tnya pape kan..hehe..x pon add sy Lynn Fitrina..

wanieyusoff said...

Assalam... Masuk sini sebab nak cari info tentang PAC... Nebes pulak rasa sebab first time nk pegi PAC... Nway, jengok2 la group https://www.facebook.com/groups/234157850083457/ & https://www.facebook.com/groups/494408927298690/ ... Banyak info ade dekat group tu... Try join kedua2 group tu... Lupa, congrats both of u sebab dapat pegi PAC jugak.. :)

acute_writer said...

Thanks Wanie Yusoff :)

Linda said...

Thanks Wanie and congrats too! :)