Saturday 8 February 2014

Tender Nombor Pendaftaran Kenderaan

Surat penganugerahan nombor pendaftaran. Hehe...
 As promised, kali ni aku nak tulis cara-cara untuk membuat tempahan nombor pendaftaran kenderaan. Alhamdulillah aku menang tender hari tu. Harga yang aku letak pun minimum je. Mungkin pasal nombor aku bukan nombor popular kot. Sebelum aku terangkan cara-cara tender, biar aku jelaskan dulu klasifikasi nombor pendaftaran JPJ ni. Kalau kita sebagai orang awam, pembelian nombor pendaftaran ni ade 2 cara. Cara pertama adalah memalui tawaran (i.e tender). Cara kedua adalah melalui pilihan.

Aku terangkan melalui cara tender dulu. Biasanya, pembelian secara tender akan dibuka lebih awal berbanding running number tu. Sebagai contoh, tender untuk W...S akan mula dijual sewaktu running number adalah W....P. So korang kene alert kalau korang memang nk pilih certain alphabet (maybe korang nk buat satu word dgn nombor plat korang. Mcm aku la =P). Korang bole check aktiviti tender dalam link ni untuk mengetahui tarik-tarikh tender. Harga minimum bagi tender adalah mengikut klasifikasi nombor tersebut. Korang boleh melawat link ni utk mengetahui klasifikasi nombor yang ditetapkan oleh JPJ. These are the steps involved if you are planning to tender your registration number:

1. Download borang tender drpd website JPJ. Boleh click link ni. Then, isi borang tu siap2. Cuma tinggalkan ruangan item ke 9 tu. Lepastu, sediakan satu sampul beralamat sendiri dengan stem RM 1. Sampul ni utk JPJ poskan keputusan tender tu pd kita nanti. Jgn seal! Nanti diorg x bole letak surat tu dlm sampul.

2. Beli wang pos dengan nilai separuh drpd nilai yang korang nk tender. Contohnya, kalau korang nak tender RM 1,000, wang pos yang korang kene buat adalah sebanyak RM 500. Utk wang pos ni, lebih baik korang buat dkt pejabat JPJ. Kalau JPJ Wangsa Maju ade pejabat pos kt bawah tu. Pasal ape better buat kt JPJ?? Pasal org pejabat pos kt JPJ tu tau wang pos tu nk di alamatkan kepada siapa. Pasal time aku tender dulu, ade yg ckp kene buat kpd KP JPJ. Ade plak yang cakap kpd Ketua Akauntan JPJ. So to be safe, beli wang pos kt pejabat JPJ. Diorang memang tau nk address kpd sape.

3. Lepas dh beli wang pos tu, isi la ruangan item ke 9 tu dengan nombor2 wang pos korang. Pastu pegi kaunter JPJ untuk buat bayaran perkhidmatan (RM10). Then, letakkan semua item td (wang pos, sampul beralamat sendiri, borang yang diisi td serta resit bayaran perkhidmatan) ke dalam sebuah sampul besar. Aku dulu tulis nombor pendaftaran yang ditender di sebelah kanan atas sampul tu. Tp kalau ikutkan diorang xde pun suroh buat mcm tu.

4. Tunggu la keputusan korang. Biasenye akan ambil masa dalam 3-4 minggu. Kalau surat lambat sgt sampai, korang bole telefon JPJ untuk tanya sendiri keputusan tender korang. Kalau Wilayah, boleh call 03-41450879.

5. Sekiranya berjaya, pergilah bayar baki nilaian tender korang dalam masa 30 hari drpd tarikh surat keputusan tender. Kalau tender RM 1,000, bayaran baki adalah sebanyak RM 500. Bayaran ni boleh buat secara tunai. Tak perlu wang pos lg dh.

6. Lepas tu bg la resit bayaran korang pd salesman korang utk urusan pendaftaran kereta. Korang tunggu je la kereta korang sampai nanti. Nombor tersebut mestilah didaftar dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh pembayaran penuh.

Ok. Kalau pembelian nombor secara pilihan pula, korang kene pegi kt JPJ negeri dan tengok kt skrin tu nombor ape yg masih ada. Isi borang siap2.  Kalau nombor yang korang nk tu org dh beli, memang takkan keluar lg dh kt skrin JPJ negeri tu. Pastu korang amek la nombor giliran. Cara-caranya:

1. Download borang. Borang korang boleh download kt link ni. Bwk satu salinan I/C, resit booking kereta dan wang RM 210.

2. Ambil nombor giliran. Lepas tu, bila dh sampai giliran korang, bg tau kaunter korang nk nombor ape. Kalau nombor tu masih ada, maka korang bernasib baik. Tp nasihat aku, sediakan at least 5 nombor yang korang nk mengikut prioriti. Pasal takut2 nombor yang korang betul2 nk tu dh dibeli orang.

3. Bila dh jumpe nombor yang korang nk, buatlah pembayaran kt kaunter tu. Nanti die akan bg resit. Resit tu korang boleh bg salesman kereta korang untuk urusan pendaftaran kenderaan.

Tu je la cara nk buat no plate ni. Kalau pakai runner, upah diorang tak kurang RM 50. Kalau buat sendiri, dpt la jimat RM 50 tu. Tp kalau korang buat di JPJ Wangsa Maju, sila lah datang awal pagi. Kalau korang nk tender, aku nasihatkan pegi la JPJ Bandar Permaisuri. Orang tak seramai JPJ Wangsa Maju. Tapi kalau untuk nombor pilihan, aku tak sure sama ada boleh buat di JPJ Bandar Permaisuri atau pun tidak. Oh ye. Tender untuk negeri tu hanya boleh dibuat di JPJ negeri tersebut sahaja. Kalau nk tender nombor Kelantan, kene buat di JPJ Kelantan. Tak boleh buat kt KL, Selangor or mane2 negeri lain.

Unfortunately, aku masih tak boleh nak daftar kereta aku lagi. Nombor dh dpt, tp kereta baru siap drpd kilang 5 March nanti. Collection paling awal pun 10 March nanti. Huwarghhhh =(

Tu dia nama aku terkenal di seantero Wilayah Persekutuan.

28 comments:

Anonymous said...

Salam br0.. best gile info ni. ringkas padat.
tp nak tanye, macam mane kite nak tau berapa nilai seharusnya utk kita nak tender. & macam mana kite nak tau nilai tender yg dah berjaya utk sblm ni.sbg contoh sy nak no 424, so nak tau previous no 424 ni berapa kena tender as comparison. tak faham sgt sistem tender ni..tq
-apai-

acute_writer said...

Harga utk previous tender akan ade tampal kt pejabat JPJ. Tp utk satu huruf je la. Maksud aku, kalau skrg ni tgh tender W **** T, ko bole tgk senarai keputusan tender utk W **** S. So ko bole agak2 brape ko nk letak. Kalau 424 mcm aku, aku letak 320 je. Alhamdulillah la dpt.

Anonymous said...

oic... kire nasib² la ek kalo xde org bid ade rezeki dapat la.. nak letak banyak, ase mahal sgt la plak. letak sket kang takut kalah tender haha.. peninn..
-apai-

thank you bro..

Unknown said...

Salam bro, minta pencerahan sikit, sy nk tender no pendaftaran pulau pinang, bolehkah byrn caj perkhidmatan RM 10 dibyr di JPJ KL? Then kesemua dokumen sy pos kan ke JPJ Penang... boleh ke mcm tu?

acute_writer said...

Rasenye bayaran caj perkhidmatan tu tak kisah dkt mane2 pun. Hari tu sy tanye org jpj die ckp bole je walaupun lain negeri. Tp better double check balik before buat pembayaran.

Anonymous said...

Assalamualaikum ... Info yg sgt mudah difahami...hanya Allah sahaja yg dpt membalas kebaikan mu ini...aku nak tnye kalau nak booking no biase contohnye w2203f n aku bid 400 dan ade org laen pun bid tp dgn harge 600..so ape jadi ngn duit aku...??burn mc tu je...?arap dpt membantu...

acute_writer said...

Kalau ade org bid lg tinggi, die akan pulang balik wang pos tu. Sebab tu dlm arahan tender tu die ade suro kita sediakan sampul bersetem dengan alamat sendiri. So nanti korang bole cash kn wang pos tu di pejabat pos.

RASYID said...

Bolehkah saya nak tender no plat, sy isi borang guna nama saya, tp letak no plat tu kat kete baru adik saya? n kete tu name adik sy..kirenye sy tolong dye tenderkan no plat..??atau borang tu mzt di isi dengan nama adik saya juga??

acute_writer said...

Sy rase x bole. Pasal kete kene daftar atas name pentender tu.

Nazif Razak said...

salam bro. kalau beli no je, macam contoh 7575 tapi huruf tak kisahlah berapa pun. Tu macam mane plak eh? kene tender gak ke?

acute_writer said...

Kene tender bro... X silap aku nombor mcm tu mahal. Better ko check dlm classification JPJ.

Unknown said...

Salam..
Kat jpj Bangi blh buat tender No tak

acute_writer said...

Nadlin... Setahu sy x bole. Kene ibupejabat JPJ negeri sahaja.

Anonymous said...

Salam,
Nak tny yg proses utk kita bid harga tu if kita beli no. melalui tender kan??
kalau melalui pilihan kita just boleh pilih no. depends on current registration no.
Betul x?

acute_writer said...

Mcm ni urutan die. Memula nombor akan dibuka secara tender. Sebab tu tender nombor ni biasanya dibuka lebih awal. Sbg contoh, tender untuk nombor W***Y akan dibuka semasa running number masih di W***W. Bila semua nombor2 ni sudah ditender, JPJ akan keluarkan running number berdasarkan saki-baki nombor yg tinggal (yang tidak ditender). Yg saki-baki ni lah yang dikategorikan sebagai nombor pilihan (sekiranya pemilik kenderaan berminat nak beli nombor tu). Kalau pilihan tu kene tgk dkt pejabat JPJ on current running number. Nanti bole pilih kt sane number ape yg awk nk dgn syarat number tu masih ade lg.

teri said...

Pembelian nombor secara pilihan. cth aku kt johor nak beli no.plat kl. mcm mana aku nk tengok senarai no. plate yg masih free? kene main teka-teka no ke kat kaunter?

EifniE said...

32salam...

1st skali..superb blogger. byk info dpt kat sni.

Q sy, contohnya sy nak bid no *** 88 sy pon dengan rela hati post smua document mcm procedure bro bagi.

Masalah sy..if sy nak bid 2nd no *** 8008..sy kena post dgn gunakan form lain lah yer..

sy takut dia akan jadi duplicate sbb nama yg menempah adalah sama..

minta pencerahan...
tq

Unknown said...

Dah boleh check secara online skrg.. jika perlukan khidmat agen pembeli, hubungi sy bro.. mynisfu@gmail.com

Unknown said...

Nombor mcm ni seelok2 masuk tender.. tp andaikata xde org bid no ni, awak boleh ambik no ni dengan harga paling minimum..tapi kena jumpa pengarah sbb no ni no kategori popular...ok hubungi sy mynisfu@gmail.com

T ida said...

good info 👍👍👍
tqsm

Unknown said...

kalau keputusan rasmi patutnya keluar pada 5/6/2015 , bila kita akan tau samada berjaya atau tak?

adakah seminggu lebih awal?

Anonymous said...

Askm... sy call jpj tadi. Alhamdulillah rezeki berpihak pada sy. Sy menang tender. So berapa lama masa yg sy kena tggu utk dapatkan surat??? Loan dh lama lulus dan kereta pun dh ada stok just tggu nombor plat jea...

Unknown said...

Nk tanya kalo booking no.tp no ic salah.LPs tu mmg xda data org pun YG ada PD no ic YG slh tu.dpt cancel x..atau mmg nk tempah no tu pun mmg xdapat

Unknown said...

Nk tanya kalo booking no.tp no ic salah.LPs tu mmg xda data org pun YG ada PD no ic YG slh tu.dpt cancel x..atau mmg nk tempah no tu pun mmg xdapat

Anonymous said...

nak tanya, kalu tgk kat event calendar tue dah kluar no ape. that meant no tu yg kiter blh tender ke? or blh terjah je

kkkkkkkkkkk said...

Bro salah no ic ke? Ape keputusan?

Unknown said...

bro nak tanya. kenpa link semua tak boleh bukak ?

Makanan Tradisional Di Malaysia said...

Nak tanya jika pegawai jpj tersalh tender no kereta mcm mana nak batalkan permohonan