Thursday, 12 May 2016

3 years and a master later. Alhamdulillah!

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Semalam aku dapat satu berita yang sangat menggembirakan aku. Sampai meleleh air mata aku. Menangis kegembiraan. Menangis sebab terharu. Syukur kepada Allah di atas segala nikmat dan kurniaanNya. Allah has always been so generous with me. Cuma aku je selalu menjadi hambaNya yang tidak bersyukur. 


Remember the PTD interview I was talking about? Alhamdulillah that is the result I got. Setelah tiga tahun menunggu dan mencuba. Alhamdulillah aku berjaya temu duga tersebut. Walaubagaimanapun keputusan ni belum rasmi lagi. Keputusan rasmi berdasarkan surat pemberitahuan yang akan SPA keluarkan. Harap-harap portal SPA tu tak troll aku la. Kalau tak, sedih gila la aku. Haha.. Alhamdulillah...

Aku nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua ibu bapa aku yang memang aku tau terlalu banyak mendoakan aku. Diorang memang nak sangat anak diorang jadi PTD. Terutamanya ayah aku sebab dulu die pernah apply tapi sampai stage interview tak lepas. PAC pun die lepas time tu. Memang aku respect la ayah aku sebab zaman dulu bukan senang nak lulus PAC. Takpe la abah. Kalau bukan rezeki abah, rezeki anak abah. InsyaAllah nanti aku akan realisasikan impian ayah aku nk pakai no. 1 dress. Mak aku pun same jugak. Semua kawan-kawan die yang nak pegi Mekah buat umrah die akan kirim doa utk aku. Doa mama Allah dah tunaikan.

Jauh lagi perjalanan hidup ini sebenarnya. Ini baru permulaan. Along the way, I am sure that there will be a lot of challenges that I have to face. Sebagai manusia, aku melihat melalui pemikiran aku sebagai seorang manusia. Dan mengikut pertimbangan aku, ini adalah jalan yang terbaik untuk aku. Mungkin aku betul, mungkin aku salah. Kita tak tau apa yang menanti aku di awal, pertengahan atau penghujung jalan ni. So aku kene sentiasa minta petunjuk dan bimbingan daripadaNya. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga kita bersangka baik pada ketentuanNya.

Alhamdulillah.. Alhmadulillah.. Alhamdulillah..

6 comments:

Al said...

umur ko berapa? saja tanya. apapun tahniah, bro

acute_writer said...

Aku dh 29 bro. Dah tua dah. Rezeki lambat sket.

Al said...

aku 30 tahun ni. ko pergi PAC ada tak yang dah tua2? kalo takde, aku tak nak apply da lepas ni. segan pastu takut diorang tak nak yang tua2

acute_writer said...

Ramai je bro yg dlm 30-an. Yg dpt batch aku ni pun agak ramai la 30-an. Tp bdk2 muda lg ramai la. Rasenye majoriti mid 20-an.

Al said...

wow. thanks info, bro. aku terlepas yang haritu punya pasal email SPA masuk spam. haha

Anonymous said...

Salam bro. kalo boleh share interview question n answer bro. aku pun ada master tapi tak ada hala tuju skrg ni. thanksss