Wednesday, 20 July 2016

Persiapan DPA

Assalamualaikum

Seperti yang diberitakan pada entry yang lepas, aku telah berjaya menempatkan diri sebagai Kadet PTD tahun 2016 ni. Bila fikir balik macam tak percaya pulak. Tapi tu la namanya rezeki. Benda yang kita tak sangka tu la sebenarnya yang Allah nak bagi pada kita. Alhamdulillah.. Rase bersyukur sangat-sangat. Walaupun mungkin berita ni dah basi (dah hampir 2 bulan dah), tapi rase kesyukuran tu masih lagi aku terasa.

Bagi calon yang berjaya pada temuduga lepas, kami akan mengikuti kursus Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam ataupun DPA bermula 24 Julai 2016. Kursus ni merupakan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang perlu dihadiri dan lulus dengan jayanya bagi tujuan perlantikan ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Kursus ni merangkumi 8 bidang PTD dan akan dijalankan selama 9 bulan 28 hari dan dijangka tamat pada 21 Mei 2017. Kursus ini termasuklah modul Tentera, Polis, Bomba dan OBS selama 14 minggu di Sarawak. Maknanya kami ni pun belum tentu lagi dilantik ke jawatan PTD. Kami perlu menghadiri kesemua modul dan lulus dengan jayanya dalam program DPA ni barulah boleh dilantik menjadi PTD. Markah lulus setiap modul adalah 65%. Agak tinggi la kalau dibandingkan dengan markah lulus di universiti. Aku buat master dulu pun passing mark 50% je. Markah 65% tu dh kira merit yang nak masuk distinction dah tu. Haha... Itulah die proses-proses yang perlu dilalui sebelum dilantik sebagai PTD. So lepas ni kalau korang nak kutuk-kutuk PTD tu fikir-fikirkanlah.

Tahun ni intake PTD ramai sikit tapi takdelah seramai tahun 2010 tu. Tahun 2010 intake PTD sampai 1000++. Terkejut gila aku tgk statistik yang org JPA tunjuk hari tu. Tahun 2016 ni, intak yang sepatutnya 300 ditambah kepada 400 orang. Aku pun tak tahu kenapa tapi semua ni rezeki untuk calon simpanan la sebab diorang la yang paling gembira bila dapat surat tawaran tu. Ye la.. Mau nye tak gembira. Memula ingatkan dah takde harapan sekali dapat surat tawaran. Kalau aku pun happy. Rezeki korang la. Based on orang yang datang taklimat hari tu, ada dalam 390 orang yang hadir. Dan tak semua tu yang akan terima tawaran. Mungkin ada lagi yang menarik diri di saat-saat akhir. We will see on the 24th of July.

Atas sebab tu, aku memang agak busy la 2-3 minggu ni. Busy menguruskan dokumen-dokumen berkaitan. Oleh sebab kami ni belum dikira penjawat awam, kami ni sebenarnya macam scholar JPA je. So kami kene isi borang perjanjian dengan JPA. Antara lain perjanjian ini menyatakan bahawa kami tidak boleh menarik diri dan setelah tamat dengan jayanya, kami perlu berkhidmat dengan kerajaan untuk tempoh masa setahun. Kalau gagal menepati syarat tersebut (termasuklah gagal), maka kami kene bayar denda kepada JPA. Lepas tu ada la jugak dokumen-dokumen lain yang perlu diselesaikan seperti pemeriksaan kesihatan, borang profile dan macam-macam borang lain lagi la. Nasib baik aku dh siapkan kebanyakan borang tu sebelum raya hari tu. So raye tu lega sket la. Dan oleh sebab aku nak kahwin Oktober ni, aku dedikasikan masa aku selepas raya ni untuk menguruskan urusan-urusan perkahwinan. Yang ni pun banyak jugak borang yang kene isi. Memang 2-3 miggu ni hidup aku penuh dengan borang. Rasenye urusan kahwin ni dah hampir selesai. Harap-harapnye begitulah.

Untuk masuk DPA ni, banyak jugak kos yang terlibat. Baju-baju yang perlu disediakan seperti kemeja  berwarna pastel yang tidak bercorak, sepasang lounge suit, baju batik, t-shirt dan seluar track hitam. Kalau tak berduit memang sakit jugak la. Nasib baik la parents aku bole la tolong sikit-sikit. Kalau harapkan aku ni memang dah kering dah. Maklum lah.. 9 bulan menganggur. Mane la nak ada hasil. 

Itulah dia sedikit sebanyak update tentang diri aku dan program DPA INTAN ni. Aku mengharapkan doa rakan-rakan dan para pembaca supaya segala urusan aku sepanjang DPA ni dipermudahkan. Risau jugak nak pergi kursus pada umur yang dah nak masuk 30-an ni. Yang lain ramai yg masih di usia pertengahan dan awal 20-an. Semoga aku berjaya menamatkan program ini dengan jayanya. Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua. Hehe..


8 comments:

Anonymous said...

Bila nak update lagi pasal PTD ni? hehe

Anonymous said...

Salam bro. boleh kongsi pengalaman interview tak? aku pun stuck lepas master macam tak de hala tuju jugak. harap tlg bro

acute_writer said...

Sori bro.. Aku baru balik modul polis. Xde line dekat pulapol. Interview aku dulu die start dengan perkenalkan diri sendiri. Lepas tu die akan tanye soalan berkaitan dengan education background ko. Ape yang ko belajar dulu. Lepas tu die tanye ape kaitan bidang yang kita belajar dengan PTD. And then die tanye kalau jadi PTD ape dasar yang ko nak buat yang berkaitan dengan education background ko. Lepas tu die akan tanye satu soalan isu semasa. Yang penting jawab yakin. Plan jawapan ko sebab soalan seterusnya akan berkaitan dengan jawapan ko. Anyway good luck bro. All the best.

Anonymous said...

Salam, tahniah bakal menjadi ptd! Boleh saya tahu secara tepat berapa hari untuk menunggu keputusan temuduga? Terima kasih.

acute_writer said...

Result temu duga dalam sebulan lepas last day interview. All the best semua!

Akiko Hime said...

Tahniah Muhammad, bakal mengorak langkah menjadi seorang penjawat awam. I bet you are counting the days now. Saya terbaca entri saudara dan tertarik dengan kisah bagaimana saudara mengambil keputusan drastik bertukar bidang pengajian, from medicine to chemistry (medicine was my childhood dream) and now undergo cadetship. Hope to see you in the service!

Anonymous said...

Hi Mr.Muhammad...Congratulation for your success. I nak tanye sikit pasal prosedur ambil cuti untuk Kahwin...I baca entri Mr.Mrhammad and mention that you join kadet ptd on July and kahwin on october...I lulus interview ptd and sedang tunggu tawaran kadet ptd. Saya nak tanya adakah kadet ptd dibenarkan ambil cuti untuk kahwin? Berapa hari boleh ambik? Apa procedure die? Wedding saya on September ni...Da buat persiapan and deposit semua da bayar. so tak dapat cancel. Harap Mr.Muhammad beri guidance sikit.

Firdaus said...

Takde masalah pun kalau nak kahwin time kadet. In fact batch kami ramai yang kahwin time kadet. Utk cuti tu just mintak je pd pegawai yang in charge. Nanti kene isi borang and buat surat sket. Tp jgn expect dpt cuti lame. Biasenye dpt cuti over the weekend je. All the best! Enjoy your cadetship.