Monday, 17 March 2008

Harga sebuah pengakuan

Adakah begitu susah untuk kita meminta maaf dan mengakui kesalahan sendiri? Soalan yang kelihatan begitu mudah untuk dijawab. Tapi adakah ia semudah kata-kata? Tidak semudah itu. Perilaku meminta maaf dan mengakui kesalahan sendiri adalah sesuatu yang sukar dilakukan. Untuk melakukannya, seseorang harus mengatasi egonya sendiri. Inilah yang selalunya gagal dilakukan seseorang. Meletakkan ego jauh di bawah bumi adalah perkara yang sukar dilakukan oleh makhluk yang bernama manusia. Mereka lebih rela hidup di dalam penipuan daripada mengakui kesalahan sendiri. Hal ini banyak saya perhatikan berlaku di kalangan masyarakat malah di kalangan rakan-rakan saya sendiri. Amatlah sukar bagi mereka untuk mengakui kesalahan masing-masing. Hanya yang benar-benar tegar sahaja mampu melakukan perkara yang sedemikian. Saya yakin bahawa mereka-mereka ini menyedari kesalahan mereka. Akan tetapi, pengakuan salah itu lebih mahal daripada sebutir permata. Lebih berat daripada dunia dan segala isinya. Apakah anda bersedia meletakkan ego anda di bawah perut bumi? Jawapannya ada dalam diri anda.

No comments: