Monday, 1 September 2008

Matlamat Hidup

Apakah matlamat hidup kita? Sewaktu saya di tingkatan 5, saya sentiasa menjadikan biasiswa sebagai matlamat. Alhamdulillah. Saya berjaya mencapai matlamat saya. Kemudian, saya ke KMB. Matlamat saya berubah kepada meneruskan pengajian ke luar negara. Alhamdulillah. Kini saya di Czech Republic. Matlamat saya sekali lagi berubah. Ingin menamatkan pengajian dengan jayanya. Selepas ini, matlamat saya akan berubah lagi. Dan lagi, dan lagi.... Namun setelah beberapa lama di Czech Republic, barulah saya sedar. There is more to life than to further your study oversea. Apa yang ingin saya katakan adalah, sejauh mana pun matlamat yang kita tetapkan di dunia ini, belum tentu ia dapat memberikan kebahagiaan kepada kita. Kerana dunia ini tiada kepastian. Kerana apa yang zahir di mata kita, belum tentu lagi sezahir batinnya. Hari ini, kita meletakkan sesuatu matlamat dalam hidup kita kerana kita yakin bahawa matlamat itu akan memberikan kebahagiaan kepada kita. Tetapi sejauh manakah kepastian kita? Tiada yang pasti di dunia ini kecuali janji Allah. Manusia merancang. Allah menentukan.

(Mengapa saya menulis perkara ini? Fikirlah sendiri)

3 comments:

JHaZ KiTaRo said...

salam ziarah dari bumi Dublin.. jemput2lah ke blog hamba.. :)

PRS SMK.SEREMBAN JAYA said...

Baguslah kalu mempunyai pemikiran yang sebegitu.Di manapun bumi kita berpijak di situ langit dijunjung....jangan lupa amanat yang Allah berikan pada kita.......teruskan usaha dan jangan lupa saya yang pernah bersama-sama anda satu ketika dulu.sampaikan salam pada budak saser.

hirumi said...

Aku setuju.But no further comment.. :)