Kenapa nak jadi PTD?? Jawapannya mudah. Untuk sesiapa yang pernah bekerja di sektor awam, umum mengetahui PTD ni memang powerful. Kebanyakan jawatan elit dalam negara ini disandang oleh pegawai-pegawai daripada skim M (PTD). KSN, KSU, Datuk Bandar, Duta-duta, SUK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran/ Majlis Daerah, Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Pengarah dan pelbagai lagi jawatan tertinggi dalam sektor kerajaan ini rata-ratanya disandang di kalangan pegawai PTD. PTD mempunyai skop kerja yang luas. Perjawatannya yang terbuka menyebabkan para pegawai daripada skim M mudah untuk naik pangkat atau gred.Ramai pegawai-pegawai daripada skim lain yang cemburu dengan pegawai PTD ni kerana skim PTD dianggap sebagai skim elit dalam kerajaan Malaysia.
Berbalik kepada peperiksaan PTD Sabtu lepas, ini merupakan kali pertama aku menduduki peperiksaan ini. Secara jujurnya, aku memang tak membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi peperiksaan ini memandangkan aku ade byk test dlm minggu tersebut. Oh ye.. Btw, aku x abes study lg. Masih lg dlm final sem. Hehe.. Atas sebab kedua-dua faktor tersebut, aku memang tak berharap sangat nak lepas exam ni (tapi sebenarnya dalam hati berharap jugak la =P). Aku dtg exam tu sekadar nak mengambil pengalaman. InsyaAllah next PTD exam, aku akan buat yg terbaik. InsyaAllah..
Peperiksaan tersebut dibahagikan kepada 4 seksyen. Seksyen A merupakan soalan pengetahuan am. Orang ckp, bace buku 'Malaysia Kita' terbitan INTAN. Tapi aku rase, lebih baik kalau korang buat online research. Bace fungsi-fungsi government agencies dan ambil tahu program-program yang sedang dijalankan oleh kerajaan (program-program yang namenye ade 1Malaysia tu la). Jumlah soalan adalah 50 dan masa yang diberikan adalah 45 minit. Seksyen B pula merupakan soalan daya penyelesaian masalah. Secara umumnya, soalan matematik. Semua sekali ade 40 soalan dan masa yang diberikan adalah 45 minit. Oh ye.. Kalkulator memang tidak dibenarkan sama sekali. Hanya otak sahaja yang dibenarkan. Aku memang tak sempat siapkan semua soalan. Ade lebih kurang 5 soalan yang aku hentam. Haha.. Seksyen C dan D merupakan soalan esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ada 3 pilihan soalan yang diberikan tapi pilih satu je. Masa yang diberikan adalah sejam setiap satu dan tiada had perkataan yang diberikan.
Peluang aku?? Naahhh.. Haha.. Aku banyak kantoi paper Seksyen A. Yang aku tau, dh ade 10 soalan yang aku salah jawab. Yg lain-lain pun belum tentu betul. Seksyen B pun mcm tak berapa yakin je. Yang aku agak konfiden hanyalah kedua-dua paper esei. Result keluar dlm pertengahan Mei nanti. Berserah je la.. Kalau dh memang bukan rezeki aku, usaha mcm mane pun takkan menjadi milik aku. I try but Allah will decide. Semoga aku bersabar walau ape jua keputusannya nanti =)
*Berjayakah aku menampal sticker di atas di kereta aku dlm tahun 2013 ni?? Sama-sama kita doakan :P |
3 comments:
aku baru je bace..in shaa Allah dpt lah... :)
p/s: DOMINO'S~~~
Wow... Saya ada soalan pasal PTD ni. Saya berminat dgn PTD ni. Saya ada check portal SPA dan check2 google semua. Saya pelajar lepasan spm dan sedang menunggu result keluar. Jadi saya nak tanya budak lepasan spm kena ikut exam ni juga ke atau masuk Uni dulu baru dapat.
PTD ni kene ade degree dulu baru boleh apply melalui SPA. Nanti bila adik dh masuk semester akhir degree, isi borang SPA online tu siap2. Nanti baru diorang akan panggil utk exam PTD. Selamat berjaya! =)
Post a Comment