Monday, 4 November 2013

Kerja, Kereta dan Kahwin (3K)

Diam tak diam, dh 2 bulan aku bertugas sebagai R&D Engineer di Hitachi Chemical Shah Alam. Mcm best je bunyi jawatan tu kan?? Dan pelik jugak mcm mane graduan Chemistry mcm aku ni bole jd engineer. Well, utk bakal graduan di luar sane, dalam alam pekerjaan ni, tak semestinya kita akan buat bende yang kita belajar dulu. Byk jgk aku dgr kisah2 sebegini. Dulu ade senior belajar chemical engineering. Last2 keje dlm HR. So x bole nak expect ape2. Kita perlu jadi seorang yang dinamik supaya kita memperoleh kejayaan dalam alam pekerjaan. Chewahh.... Mcm bagus je ayat tu. Tapi kerja aku sekarang pun boleh dikatakan 95% TIADA KAITAN dengan ape yg aku belajar dulu. Banyak benda yang aku perlu belajar balik.

Sebenarnya minggu ni merupakan minggu last aku di Hitachi Chemical. InsyaAllah Isnin depan aku akan bekerja di tempat baru. Aku akan bekerja di Linde Malaysia (Healthcare). Pejabat masih lagi di Shah Alam. Cuma dekat sikit la kot. Sebab utama aku berpindah adalah faktor gaji. Haha... Gaji di Linde tu takde la besar sgt. Tapi gaji aku di Hitachi tu adalah below average utk degree holder. Dan ada la sebab2 lain yang buat aku nak keluar yang tak perlu aku ceritakan. Tp kerja di Hitachi ni byk mengajar aku. Inilah pengalaman pertama aku bekerja di peringkat pengajian tertinggi aku. Barulah aku tahu apa yang majikan expect daripada seorang degree holder. Dan pengalaman paling berharga aku di Hitachi ni adalah bergaul dgn orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza drpd aku. Maksud aku operator. Aku kesian dan kagum pada masa yang sama. Aku kesian pasal diorg ni dibayar dengan gaji yang kecil. Kesian kerana aku tak dapat nak bayangkan mcm mana diorang mampu meneruskan kehidupan dengan pendapatan yang sebegitu. Kalau setakat nk makan tu bole je rasenye. Tp kalau nk beli kete, rumah dan berkeluarga tu aku rasa agak sesak. Dan aku kagum kerana walaupun pendapatan dan tahap pendidikan mereka tidaklah begitu tinggi, tapi mereka buat kerja secara profesional. Serius! Diorg buat mengikut SOP  yang betul walaupun SOP tu memakan masa yang agak lama. Respect!

Ok. Beralih kepada topik yang kedua. Kereta. Aku memang bercadang nak beli kereta ni lame dh. Bukanlah nak bergaya. Tapi rasenye kereta ni dah jadi satu keperluan sekarang ni. Lebih2 lagi kerja di tempat baru aku ni memerlukan aku byk buat outstation. Takkan nak bawak kancil buruk aku tu utk long distance. So rasenye aku memang memerlukan sebuah kereta baru. Cuma sekarang ni aku agak pening sedikit. Pasal banyak faktor yang perlu diambil kira. Pertama, aku tgh tggu result interview PTD aku. Kalau dapat, aku kene pergi kursus dan hanya diberi elaun sebanyak RM2k sahaja. So kalau aku beli kereta yang mahal2, takut nanti tak mampu bayar pulak kalau dpt PTD nanti. Kalau dpt la.... Haha... Berangan je lebih. Yang keduanya, aku akan diberi elaun mileage apabila bekerja di tempat baru nanti. Untuk dpt claim maksimum, aku perlukan kereta yang bersesaran 1500cc ke atas. Beza banyak woo... 45 sen utk satu km. Aku kira2 dalam sebulan beza dalam RM450++. Tapi masalahnya kereta yang 1500cc ke atas tak banyak dalam range kemampuan aku. Yang ada hanya kereta Proton sahaja. Kalau nak jenama lain, harga dah naik sampai RM120k. Takut2 aku beli nanti, dpt plak masuk PTD. Mcm mane aku nk bayar dgn elaun RM2k tu? Haha... Lg pun aku xnk spend byk sgt pada kereta ni. Kalau bole aku nk cari dalam range bwh RM75k. Dan perkara ni sebenarnya membawa aku ke topik yang terkahir. Kahwin. Pasal aku kene fikirkan pasal usaha ke arah berkeluarga ni. Aku dh kene start kumpul duit. Kalau aku beli kereta mahal2, nanti installment bulanan mahal sampai aku x mampu nk menyimpan. Sekarang ni nak kahwin kalau simple sekalipun memerlukan sekurang-kurang RM30k. Tu pun dh kira murah abes dh tu. So aku dah pun narrow down kn pilihan kereta aku kepada model-model di bawah ni:

Perodua Alza

Sebenarnya takde ape pun yang menarik dgn Alza ni. Tapi ni la kete yang paling murah dlm choices yang aku ada. Dan parents aku pun sebenarnya prefer aku beli Alza pasal harga murah dan paling sesuai utk seseorang yang berkeluarga. Diorg nk aku berpandangan jauh. Haha...

Suzuki Swift

Swift ni personal favorite aku. Aku dh pegi showroom pun. Siap bincang pasal installment lg dgn sales advisor tu. Tp tu la.. Aku kene kumpul duit dulu pasal aku xnk hutang byk. Aku nk buat downpayment byk sket. Tapi masalah Swift ni adalah ruang but belakang yang sangatlah kecik. Bujang lagi bole la. Kalau dh kawen nanti, susah aku. Tp dari segi features memang terbaik la. Mcm2 ade. Tapi aku pun x pasti lg dgn Swift ni. kalau ikut hati memang nak beli je. Tp kalau ikut otak, berat ke Alza pulak. Pasal Swift ni hampir RM16k lebih mahal drpd Alza.

Honda Jazz

Aku xde la minat sgt Honda Jazz ni. Cuma ni salah satu pilihan jgk la. Dari segi space, Jazz ni better drpd Swift. Tp of course la lagi kecik drpd Alza. Harga lebih kurang Swift je.

Ok. Kita beralih pula kepada kereta-kereta yang lebih mahal. Kerete-kereta di bawah ni hanya boleh dibeli sekiranya aku stay di Linde. Kalau dpt PTD, x bole la. Haha..

Ford Focus Titanium

Ford Focus ni adalah kereta paling lengkap utk price range RM120k. Mcm2 features ade pada kereta ni. Cuma aku x pasti maintenance dan servicing cost die mcm mane. Maklumlah... Kereta continental (Ford is a US company but the Focus was developed in Europe)

Honda Civic 1.8s

Civic ni harganya lebih kurang Ford Focus jgk. Cuma Civic ni kereta Jepun. So maintenance and servicing cost die takde la mahal. Maksudnya, masih mampu lg la nk maintain.

Toyota Corolla Altis 1.8e

Secara teknikalnya, Altis ni belum keluar lagi di Malaysia. Kemungkinan akan dilancarkan awal tahun 2014. Tapi estimated price die dah dikeluarkan dan ianya masih lagi sub-RM120k. Toyota is well known for its reliability. Family aku pun penah pakai 3 Toyota berbeza dan semuanya baik-baik sahaja. Tiada masalah yang besar.

Tapi rasenye aku hanya akan pilih antara 3 teratas tu je. Yg 3 bawah ni, kalau aku beli, makin lame la mak bapak aku tunggu aku kawen. Haha.... And aku prefer lg byr byk pada installment rumah berbanding installment kereta. Tapi pape hal pun, tunggu result interview PTD dulu. Then aku decide nk beli yang mana satu ;)



2 comments:

mrknowItAll said...

Salam
bro, nak tanya, gaji untuk engineer linde brape ye?

-recent graduate chemical engineer

najuwa said...

salam.
boleh saya dapatkan email saudari,
saya nak tanya mengenai hitachi.
thanks for the response.