Thursday, 10 December 2015

Alhamdulillah

Assalamualaikum

Agak lame aku tak menulis di ruangan ini. Aku pun dah hampir terlupa yang aku mempunyai sebuah blog. Alhamdulillah.. Selepas setahun berada di negara orang, aku telah pulang semula ke negara tercinta pada 18 Oktober yang lalu. Waktu aku pulang tu, result keseluruhan master aku tak dikeluarkan lagi. Tapi alhamdulillah result aku dh diumumkan secara rasmi lebih kurang 2 minggu lepas dan aku berjaya menamatkan pengajian sarjana aku. Lega rasenye.

Ade ramai jugak yang tanye. Susah ke buat master dekat UK ni? Aku tak berani sangat nak komen. Pasal susah ke senang tu bergantung pada banyak faktor. Kene tengok jugak kursus yang korang ambil, universiti mana dan sama ada secara coursework atau research. Aku boleh tolong jawab melalui pengalaman aku je. Aku buat master secara coursework. So aku tak boleh nak komen lebih pasal master research ni. Kalau course aku, aku boleh cakap yang ianya takde lah mudah sangat. Tapi pada masa yang sama takde lah susah sangat. Cuma yang susahnya dari segi pembahagian masa. Ada satu masa tu, aku kene hantar beberapa assignment yang panjangnya dalam 3000 words setiap satu dalam minggu yang sama. Isnin kene hantar satu assignment, then the next assignment should be submitted on the Friday. Dari segi subjek tu, untuk kes aku agak susah. Sebab aku dulu background pure chemistry. Tapi master aku dalam engineering. So ade jugak subjek-subjek yang aku agak struggle waktu dekat sana dulu. Especially waktu dalam spring semester tu. Subjek waktu autumn semester (semester 1) lebih cenderung kepada management manakala subjek untuk spring semester (semester 2) lebih cenderung kepada engineering. So ianya lebih teknikal. Sudah tentulah ianya agak sukar untuk orang yang takde basic engineering macam aku ni. Sampaikan ada satu tahap tu, aku rase sangat yakin yang aku fail satu subjek ni. Hahaha... Tapi alhamdulillah.. Aku lepas je semua subjek tanpa perlu repeat mane-mane paper pun. Bukan sebab aku hebat. Tapi yang aku perasan, sepanjang aku berada di sana, Allah yang banyak memudahkan jalan aku. Seriously.

Nasihat aku kalau ade sesape yang berniat nak sambung belajar UK ni, teruskanlah. Cuma mula-mula tu betulkan niat dulu. Banyakkan berdoa mintak Allah beri petunjuk. Itu lah yang aku buat dulu sebelum aku datang ke UK. Aku mintak pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan aku. Dan Alhamdulillah... Semuanya dah berakhir dengan baik. Cuma sekarang ni aku tengah struggle nak cari kerja. Nasib kurang baik sekarang sebab ekonomi kurang elok dekat Malaysia ni. Secara tak langsungnya, pasaran kerja pun tak berapa bagus. So terpaksalah menganggur dulu buat sementara waktu ni.

Akhir qalam, aku mengharapkan doa rakan-rakan untuk aku menamatkan zaman penganggur ini secepat mungkin. Hahaha.. Semoga ada yang baik di akhir perjalanan ini.

2 comments:

An-Nisa said...

Assalamualaikum.Pertama sekali,I just stumbed upon ur blogs accidentally.Secondly,there's something I would like to ask you especially regarding your past of being a medical student.Hopefully you can give me your email bcoz I'm exKMB-an too.

acute_writer said...

Maaf lambat reply. Boleh emel saya di alamat: firdausmnm@gmail.com. Kalau Facebook cari je Firdaus Nazam. InsyaAllah kalau boleh bantu saya akan cuba.