Thursday 15 January 2009

Bagi betis, nak peha

Masih segar dalam ingatan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang berlaku lebih kurang sebulan yang lepas. Kejadian tersebut telah meragut 5 nyawa. Baru-baru ini, TV3 telah membuat 'follow-up' berkenaan kes tersebut. Pihak TV3 telah menemuramah Pengerusi J/Kuasa Bertindak Khas Bencana Alam Bukit Antarabangsa. Beliau menagih janji yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor sewaktu dahulu. Beliau (yang bergelar Datuk) antara lain menyatakan bahawa mereka terpaksa memulakan hidup daripada 'kosong' dan mereka kini lebih teruk daripada miskin. Kesian... Beliau mengakui yang Kerajaan Negeri ada menawarkan rumah untuk mereka sewa di Balakong tetapi dengan yakinnya beliau menyatakan rumah tersebut tidak sesuai untuk mereka duduki (atau dengan bahasa yang saya faham tidak semewah rumah mereka dulu). Bersyukurlah sikit wahai Datuk. Ramai lagi orang di Malaysia ni yang tidak berumah. Kalau Datuk mampu beli rumah di Bukit Antarabangsa, saya yakin yang Datuk (dan juga jiran-jiran Datuk) mempunyai pendapatan bulanan sekurang-kurangnya 5 angka. Susah sangatkah nak memulakan hidup dengan pendapatan yang sedemikian? Sekarang ni orang boleh hidup dengan pendapatan RM1000. Bermula dari kosong itu adalah satu statement yang saya kira salah untuk Datuk. Atau mungkin definisi kosong saya dengan kosong Datuk berbeza...

No comments: