Thursday, 8 January 2009
Berlin and Potsdam of Deutschland
Alhamdulillah. Lebih kurang 2 minggu lepas, berjaya juga saya menjejakkan kaki ke bumi Berlin. Tempat yang mana ayah saya ingin sangat pergi di bumi Eropah ini. Saya ke sana selama 2 hari (campur lebih kurang sehari dalam bas) daripada malam 19 Disember hinggalah ke awal pagi 22 Disember. Walaupun saya bersama-sama rakan saya menetap hanya selama 2 hari, namun saya berasa cukup puas dengan trip tersebut. Terima kasih kepada Md. Nor yang merancang perjalanan dengan begitu teliti sekali. Hasilnya, tiadalah masa yang terbuang di stesen metro untuk mencari tren yang betul. Saya ke sana bersama 4 org rakan yang lain iaitu Aizat, Syed, Md. Nor dan Hilmi a.k.a Potter.
Perjalanan beribu batu bermula dengan batu yang pertama. Kami telah bertolak pada malam 19 Disember. Bas kami bertolak dari Florenc (di Prague, bukannya di Italy) pada jam 11.50 malam dan tiba di Berlin pada jam 5.30 pagi hari berikutnya. Berjalan di Berlin tidaklah sesukar berjalan di Czech kerana agak mudah mendapatkan individu yang boleh berbahasa Inggeris di sana. Walaubagaimanapun, cara pronunciation yang agak berbeza menyukarkan kami untuk mencari stesen yang betul. Walaubagaimanapun, berkat petunjuk Ilahi dan mungkin blind luck, kami berjaya juga menjumpai tren yang betul untuk ke hostel kami. Hostel kami agak jauh daripada city centre, 'terima kasih' kepada En. Syed yang menempah hostel tersebut. Walaubagaimanapun, tidak semuanya buruk tentang hostel tersebut. Hostel tersebut sangat murah dan pada pendapat saya sangat lengkap dan bersih. Siap dengan dapur dan televisyen. Credit to Mr. Syed again. This time is honest.
Setelah berehat-rehat dan bersolat, kami terus ke tujuan utama kami ke sana. Kami keluar pada jam 8.30 pagi dan terus ke pekan Berlin. Impresi pertama saya di Berlin ialah ia jauh lebih sejuk daripada Czech. Destinasi pertama adalah TV Tower. Kemudian kami berjalan ke arah Brandenburg Gate melalui Rat House, Museum Island yang terdiri daripada 5 muzeum tetapi 2 daripadanya dalam pengubahsuaian dan melalui Unter den Linden yang merupakan sebatang jalan yang boleh saya samakan seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur. Setibanya kami di Brandenburg Gate, kami pun mengeluarkan 'senjata' masing-masing (kamera la tu) dan mengambil seberapa banyak gambar di sana. Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan kami ke salah satu peninggalan tembok Berlin (terdapat beberapa tempat di mana tembok Berlin tidak dirobohkan). Tembok Berlin hanyalah satu tembok seperti mana-mana tembok di dunia ini. Tingginya lebih kurang 12 kaki dan panjangnya adalah lebih kurang 140 km. Tetapi apa yang membuatkan ianya istimewa adalah nilai sejarah yang terdapat pada tembok itu. Setelah puas bergambar di tembok tersebut, kami ke Checkpoint Charlie. Di sepanjang lorong di Checkpoint Charlie tersebut terdapat banyak kedai makan. Di Berlin, mencari makanan halal tidaklah sukar kerana terdapat lebih kurang 6% muslim di sana yang berjumlah lebih daripada 210,000 orang. Kami meneruskan perjalanan kami ke Muzeum Yahudi di sana. Sangat besar tetapi saya merasakan ianya seakan-akan over exaggerate. Mereka ingin menimbulkan rasa simpati masyarakat dunia terhadap peristiwa Holocaust. Tetapi apa yang saya faham mereka kini membunuh lebih banyak nyawa masyarakat Palestin di Gaza. Setelah selesai, kami pulang ke hostel dan tidur dengan awalnya.
Hari kedua kami ke Potsdam. Ianya merupakan satu bandar lain yang terletak berdekatan dengan Berlin. Mengambil masa lebih kurang 40 minit dengan tren daripada Berlin. Jika Berlin ialah Kuala Lumpur, Potsdam diibaratkan seperti Shah Alam. Potsdam juga merupakan sebuah bandar yang kaya denga sejarah. Untuk itu, kami mengambil keputusan untuk mengikuti satu pakej persiaran mengelilingi Potsdam. Kami membayar 8 Euro untuk itu. Walaubagaimanapun, terdapat di antara kami yang terlalu kaya dan mengambil keputusan untuk menggunakan 8 Euro tersebut untuk tidur di sepanjang tour tersebut (sorry Syed). Tour tersebut mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sesudah itu, kami pulang ke Berlin dan bergegas membeli sedikit cenderahati untuk keluarga dan rakan-rakan. Sesudah itu, kami pulang ke hostel dan tidur awal pada malam tersebut kerana bas kami bertolak pada jam 7 pagi. Kami tiba di Prague pada jam 1 tgh hari.
Berlin merupakan satu bandar yang cantik dan tersusun (berbeza dengan Prague yang 'bersepah'). Namun, sebelum ke sana, adalah baik untuk mengkaji sejarahnya terlebih dahulu kerana itulah keunikan Berlin. Terletak pada sejarahnya. Walaubagaimanapun, saya jauh lebih mengagumi Malaysia because deep inside, I am a Malaysian...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam,tumpang tny dr prague ke berlin tu korg naik ape,tambang brp?can also reply on my email yao_ming_87@yahoo.com.need to know a.s.a.p,thnx in advance,
Post a Comment